Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Saturday, May 7, 2011

SHE101 : Fast Five~

post kali nie adalah sambungan bbq soley soley~. selepas penat study she dengan berbbq, keesokkan paginya ingatkan boleh "study" lagi. rupa rupanya boleh pulak kuar g tengok wayang cite fast five : Fast and Furious 5. memang bezzz gile cite nie, rugi sape tak tengok. cite nie penuh dengan action dari awal sampai habis. walaupun durasi filem nie 130 minit (sumber fast five ) bersamaan 2 jam 10 minit, memang tak terasa boring langsung. kalau filem malaysia macam nie memang gempak ar, mesti dapat berpuluh puluh juta. keta yang mahal mahal dengan ke"stylo"an yang amat tinggi, kalau filem malaysia 2-3 bijik je keta yang macam tu. nak letak banyak keta tak de bajet. cite nie dah banyak siri, kiranya nie yang ke 5 ar, yang mula mula the fast and the furious, lepas tu 2 fast 2 furious, tokyo drift, fast and furious dan yang terbaru nie fast five.(sumber klik sini)

meh aku cite sikit pasal sinopsis cite nie, aku amik dari internet. bila translate dia jadi macam macam bahasa(indon la). so terpaksalah aku melayu kan dia punya sinopsis secara manual.

cite nie mula mula Dom Torreto (Vin Diesel) diselamatkan dari tahanan oleh Brian (Paul Walker) dan  Mia Torreto@adik Dom (Jordana Brewster), hidup mereka selalu berpindah-pindah untuk mengelak ditangkap.  ketika sampai di sebuah daerah pinggiran kota Rio de  Janeiro, mereka kembali harus menyelesaikan satu buah misi terakhir lagi untuk meraih kebebasan. Dom mengumpulkan rakan rakan lama untuk bentuk satu team untuk selesaikan misi nie.

mereka harus berhadapan dengan  seorang bisnisman korup (Joaquim de Almeida). Seorang agent federal bernama Luke Hobbs (Dwayne Johnson) ataupun lebih dikenali sebagai "the rock", juga diperintahkan untuk menangkap Dom dan Brian untuk kejahatan yang mereka  lakukan sebelumnya.


kalau nak tau diorang berjaya selesaikan misi nie ataupun kena tangkap. kenalah tengok sendiri!memang tak rugi tengok terutama yang minat filem filem macam nie....





lepas puas enjoy, boleh la study tuk exam keesokkan harinya. sepanjang study week dan exam sebelum nie, tak pernah lagi buat study group kat tempat lain. tiba tiba malam tu dapat "enlightenment" p study group kat Mcd pukul 12am. kalau untuk paper pns, dosage, pharmaco leh buat cam nie mesti best. tapi time tu semua ngah sibuk study gile2 tak de masa nak kuar, semua tengah stress!!! tapi untuk paper she nie leh r rilex cikit. nasib baik ar objektif kalau essay cam titas, memang tak kuar mana ar 2-3 ari sebelum exam. dengar cite, sidang depan paper she ditukar ke essay, sabor je la sape yang kena wat essay tuk sidang depan.

tekun betul study!

Choqi Coverrrr

 Joe Overrrrr

soalan bocorrr




0 komen:

Post a Comment