Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Sunday, February 5, 2012

result sem 1 2011/2012

tarikh keramat 9/2/2012 bakal menjelma. result provisional dah nak keluar.tidakkkkk. Tak sanggup nak check result buat kali ke-3 setelah mengharungi 3 semester sebagai seorang student USM. Ada lagi 5 exam, 5 sem lagi InsyaAllah sebelum grad T_T
 
Result provisional nie just result lulus/lulus bersyarat/gagal dalam sesuatu subjek. Masa result provisional nie keluar dia belum bagitau lagi gred apa kita dapat, berapa pointer kita. tak salah, result provisional akan appear L/F...L-lulus F-gagal manakala L*-lulus bersyarat. Lulus maksudnya gred yang kita dapat C dan keatas. Lulus bersyarat maknanya dapat C- dan ke bawah. gagal yang dapat gred X/F.

Keputusan penuh akan keluar 16/2/2012. Masa nie baru tau pointer berapa, gred apa semua. so, bersiap sedialah!

KSCP-kursus semasa cuti panjang ditawarkan untuk yang dapat 'C-', 'D+', 'D', 'D-', 'F' and 'DK' a.k.a repeat la. KSCP dijalankan selepas tamat semester 2 atau tamat satu sidang akademik. KSCP nie kursus yang belajar dalam masa 3 minggu. 2 minggu belajar + 1 minggu exam. Tak semua kos boleh buat KSCP, ada certain course tak boleh buat KSCP contohnya akaun dengan seni. Nie apa yang aku dengar sahabat-sahabat cerita la. kalau yang fail tapi tak boleh buat KSCP kena amik balik la subjek tu masa ditawarkan next academic session. kena belajar balik dengan junior la nanti.

Antara tarikh-tarikh penting :-
Provisional result: 9/2/2012
Register course start:13/2/2012
Full result: 16/2/2012
Register course due date:19/2/2012


Macam mana nak semak keptusan :-
1) http://campusonline.usm.my/  a.k.a healthycampus
2) call 600 83 7899
3) sms " USM<space>RESULT<space>(YOUR IC NUMBER)<space>(ANGKA GILIRAN) to 15888





 p/s: harinie Ahad 5/2/2012 bersamaan 12 RabiulAwal 1433 H. Salam Maulidur Rasul, Selamat menyambut ulang tahun keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

0 komen:

Post a Comment