Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.

dengan Tema “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH" diharapkan walaupun wujud perbezaan pendapat antara satu sama lain tak kira dari apa segi, umat islam terutama di Malaysia dapat bersatu. Kadang kala kita perlu berlapang dada terhadap sesuatu masalah. Tak perlulah kita asyik mencari dimana salah orang dan hanya kita saja yang betul. walaupun tinggi mana pon ilmu yang kita ada, percayalah kita masih kekurangan ilmu. banyak ilmu Allah dimuka bumi nie yang masih belum diterokai. Walaupun hebat mana pon kita, percayalah ada orang lagi hebat pada kita.

Marilah kita sama-sama meningkat ketakwaan kepada Allah. Melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya, "Amal makruf nahi mungkar". Sesungguhnya kehidupan di dunia nie hanya sementara sebagai mencari bekalan untuk kehidupan di Akhirat kelak yang kekal abadi. 

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat, adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu"- Al-Nasai & Ibnu Hibban. Jom kita sentiasa perbanyakkan berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana selawat dan zikir dapat menenangkan hati kita malah ianya adalah usaha untuk mendapatkan keredhaan, keberkatan dan rahmat Allah SWT. zikir harian dan amalan ini boleh dilakukan dimana mana dan bila bila masa sahaja (asalkan bukan ditempat yang dilarang seperti tandas).







p/s: Iman kita pon kadang kala ada naik turunnya, jadi sama-samalah kita memperingati antara satu sama lain.

0 komen:

Post a Comment