Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Bulan Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya. Adakah dapat kita bertemu lagi pada tahun yang akan datang?.  Kini Syawal bakal menjelma. Umat islam sekarang sibuk membuat persiapan untuk menyambut perayaan Aidilfitri. Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh semua umat islam diseluruh dunia selepas menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Justeru ketibaan bulan Syawal yang penuh berkat ini perlu diraikan dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan sebegitu banyak rahmat dan nikmatNya yang melimpah ruah kepada kita. Raikanlah Aidilfitri ini dengan kesederhanaan bukan dengan pembaziran. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri dicucapkan kepada semua umat islam diseluruh dunia terutama sahabat-sahabat yang mengenali mahupun yang tidak. Ampun Maaf dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maaf sekiranya pernah membuat sesiapa terasa secara langsung atau tidak. Sekiranya terdapat hutang dimana-mana harap dapat dihalalkan dunia akhirat. Moga hidup kita diberkati oleh Allah dan mendapat rahmat daripadanya.



Saturday, August 20, 2011

Malam Lailatul Qadar


dah lama aku tak update blog, pagi nie rasa nak update la pulak. tak dak cita apa pon cuma entry untuk puasa. sebelum ada blog..teringin nak ada blog. bila dah ada blog, malas nak update la pulak. tu la asyik nak ikut orang ja. tapi tak salahkan aku buat blog nie. just untuk suka-suka mengisi masa yang ada. asyik berpesbuk 24 jam.


sekejap ja masa berlalu, arinie dah masuk 20 ramadhan 1432. rasa baru semalam start puasa. tapi, puasa kali nie aku masih belum sedar lagi untuk memperbanyakkan amalan2 dalam bulan puasa nie. malas betol aku nie... bila nak sedar ntah la...


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan. Itulah malam Lailatul Qadar.


Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.



Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.


Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.