Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Tuesday, March 29, 2011

Jangan Berputus Asa


"Ah!! Tensionnya!"
"Banyaknya masalah"
"Ada tak orang yang hidup tiada masalah?"
Satu demi satu persoalan mengetuk gegendang telinga saya, jika persoalan-persoalan itu mampu memberi kesan kepada gegendang telinga, pastinya gegendang telinga saya sudah berlubang sekarang! :)
Adakah manusia yang tidak punya masalah?
Bertanya persoalan yang seperti itu, seolah-olah kita bertanya:  Adakah manusia hidup yang tidak bernafas?
Benar. Masalah sudah amat sinonim dengan diri seorang insan kerdil lagi hina bergelar manusia. Sedangkan Nabi dan para sahabat juga dicubit sayang oleh Allah, inikan pula kita manusia biasa...
Persoalannya bukan adakah manusia yang tidak ada masalah tapi lebih kepada bagaimana kita menghadapi permasalahan yang ada.
Jika kita cuba lari dari masalah percayalah masalah itu tidak akan pergi.
Berhadapanlah dengannya.
"Sebenarnya... Hidup bila tidak ada masalah jadi mendatar, jadi tidak ada kenangan yang hendak dikenang.. Jadi hambar." Sahabat yang saya kasihi melontarkan nasihat.
"Tapi kan bila ada masalah jadi susah hati, jadi sedih..." Saya menyambung.
"Memanglah, mana ada orang ada masalah suka hati je..."
Saya ketawa. Benar, masalah itu menjadikan hati menjadi murung tapi di sebalik kemurungan itu akan terselit pula kebahagiaan.
Apabila masalah itu telah selesai, percayalah kita pasti mampu tersenyum malah tertawa sewaktu mengenangkannya.
Maka,jangan sesekati berkata: "Oh Allah! Aku ada masalah yang besar!" Tapi berkatalah:
"Oh Masalah,  Aku ada Allah yang Maha Besar!"
Allah Pasti Akan Membantu
"Macam mana ni..." Matanya berair, berserta esakan yang perlahan. Hujung tudungnya diambil sedikit buat mengesat air mata yang kian mengalir. Saya gusar. Melihatnya mengalirkan air mata membuat saya tidak keruan.
"Sabar..Sabar.."
Sergahan ustaz tentang hafazan kami membuatkan hati sahabat-sahabat sekelas menjadi kecut. Ah, takut ujian yang diberi tak dapat dijawab dengan baik, takut hafazan tersekat di tengah-tengah.
Memandang sahabat yang sedang menangis itu, entah kenapa secara tiba-tiba saya berasa sedikit tenang, seolah-olah terdengar-dengar janji Allah ;
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (Al-Hajj :22)
"Ok, cepat cepat!" Ustaz memanggil.
Sahabat saya nan satu itu ke hadapan, bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Beberapa minit berlalu....
Surah An-Naba' dan An-Naziat berjaya dilepasi.
Berjaya pula dia mendapat 10/10.
Oh Allah, betapa Engkau tidak pernah mengecewakan hambaMu yang berusaha!
Jangan berputus asa
"Saya rasa masalah saya ni dah tak ada jalan penyelesaian dah. Buntu."
Ingatkah kita pada firmanNya ;
"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Jangan sesekali berputus asa. Masakan Allah menimpakan ujian dengan sia-sia, masakan Allah sengaja membuat kita sakit dan bersedih.
Sedangkan setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati, masakan masalah yang kita hadapi langsung tidak punya jalan penyelesaian.
"Saya dah puas cuba macam-macam, tapi...tapi..begini juga."
Nah, lihat kembali dalam diri.. Segala keputusan yang diambil, adakah dikembalikan kepada Allah. Maksud saya, adakah kita redha, adakah segala keputusan dan tindakan yang kita ambil kita bertawakal kepada Allah atau kita merasa yakin dengan diri kita sendiri?
Hakikatnya...Allah timpakan ujian agar kita memuhasabah diri. Allah beri sakit untuk kita menghapus dosa, Allah beri kesusahan agar kita kembali padaNya.
Jika kita menyombong diri...termasuklah kita dalam kalangan orang yang rugi.
Jika kita tidak kembali pada Allah... Terbengkalailah masalah kita dengan seribu persoalan.
Kembalilah... Allah menantimu.
Berusaha dan kemudian serahkan urusanmu pada Allah.
Sungguh, Dia lebih Mengetahui!
Bangunlah, Bangkitlah, Berdirilah..Walau kamu terasa payah, walau kamu terasa seksa.. Kerana hakikatnya Allah akan membantumu. Pasti! Jangan diragui.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-Imran : 159)

Monday, March 28, 2011

Jom makan pizza

Ahad 27/3/2011 merupakan detik sejarah bagi aku sebab first time makan dekat pizza hut. Bukan tak pernah makan pizza, tapi inilah first time makan kat situ. Punya le kekampungan aku nie. Lagipon aku nie bukan le kaya sangat nak makan dekat tempat mahal-mahal. Sejak dapat duit Jpa nie banyak benda yang aku nak boleh dapat@beli....... Alhamdulillah. Tapi duit bukan segalanya. Duit tak boleh beli hati dan perasaan. Budak farmasi fajar nie memang bab makan tempat mahal-mahal je. Macam tengahari tadi, ada yang keluar pergi makan dekat Johnny’s Restaurant @ queensbay mall sebab belanja sorang bufday gurl nie. Makanan kat situ bukan standard fajar, kalau aku fikir 2-3 kali nak p makan kat situ. Tapi kalau orang dah ajak ikut saja.


Cite pasal pizza balik, budak-budak nie memang tak kedekut, selalu belanja kami makan pizza delivery dari pizza hut ataupun domino’s. Malam-malam kalau lapar order McD. Asyik makan je diorang nie. Macam mana berat tak naik.ish3.... Makanan yang berkalori tinggi memang feberet kami, kfc boleh kata seminggu sekali mesti makan punya. Diorang balik dari qb tadi siap beli donut kat J.CO. Aku je belum belanja diorang apa-apa, aku nie memang kedekut sikit tambah-tambah tempat mahal-mahal. Kadang-kadang malu jugak nak makan. Aku asyik nak makan free je...

Salah satu sebab aku malas makan dekat pizza ada harga!. Mana ada yang murah-murah kat situ. Government tax dengan service tax punya la mahal(kedekut sungguh). Mula-mula aku ingat tak kenyang makan pizza, tengok-tengok sampai tak larat nak makan dah. Salad adalah menu pertama. Aku nie bukan makan sayur sangat tapi sebab lapar sangat telan je. Lepas tu kami makan sup, pizza pe ntah tak ingat nama dia (ada udang besaq), Tripple platter, masala meat ball. Memang kenyang gila. Tak semua budak farmasi fajar ikut, 4 orang je tadi. Lepas nie nak makan lagi ke tak????




p/s : mood nak balik rumah!hahahhaha

Sunday, March 27, 2011

InsyaAllah ada jalannya

Selesai juga program Earth Hour 2011. Terima kasih atas kerjasama penghuni Fajar Harapan yang sama-sama menyokong Earth Hour. Terima Kasih juga kepada rakan-rakan mpd yang turun membantu. Walaupun tak semua lampu dipadamkan, namun majoriti penghuni menunjukkan keprihatinan mereka terhadap Earth Hour. Mungkin beberapa lampu yang tidak ditutup adalah disebabkan ketiadaan penghuni didalam bilik dan lampu dibiarkan terbuka.

hmmm....exam dah semakin dekat, tapi masih belum sedar lagi study pon malas. Apalah yang nak jadi dengan aku nie. Sekarang nie macam-macam lah pulak nak kena fikir.pening-pening
Macam mana kita nak membuat keputusan????bagaimana kalau kita silap membuat keputusan????
kalau kita tak yakin dengan diri sendiri???susahlah nak berkias-kias, tak pandai. Kalaulah tak, mesti dah berbunga-bunga dikarang. Macam mana kalau orang salah menilai diri kita???
Takot kerana nila setitik rosak susu sebelanga
Satu lagi harap sangat tidak "Judge a book by its cover"
mana tau...kadang-kadang ada jugak sifat hipokrit(jujur)
sebagai manusia biasa, tiada yang sempurna

Ikut kata hati mati, ikut rasa binasa....So mana yang patut diikut???banyak sungguh persoalan, skema jawapan lupa pulak nak mintak kat cikgu. Jawapan untuk exam pon tak prepare lagi.

layan lagu Maher Zain- InsyaAllah(malay version)
lirik lagu nie memang bez...

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar


cuma jalan yang dicari tak jumpa lagi. Search pak cik google pon tak de jugak. Nak guna GPS blom bli lagi.

p/s : Bila nak study??? Asyik berpesbuk!nie semua lagha(poyo)

Earth Hour 2011

Tepat 8.30pm 26/3/2011 iaitu pada hari sabtu, seluruh dunia akan memadamkan lampu dan peralatan elektrik selama satu jam bagi menyokong Earth Hour yang diadakan setiap tahun. Sebagai menunjukkan tanda sokongan terhadap aktiviti ini, semua akan mematikan lampu dan peralatan elektrik yang lain selama satu jam untuk meningkatkan kesedaran terhadap keperluan untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim. 


Earth Hour 2011 adalah akan hadir! Seluruh dunia bersiap sedia untuk acara perubahan iklim. Ramai yang berpendapat yang dunia tidak akan dapat diubah dalam masa 1 jam, tapi Earth Hour ini merupakan inisiatif diri sendiri yang menunjukkan keprihatinan terhadap perubahan iklim yang berlaku bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Earth Hour juga memberi kesedaran kepada kita untuk lebih prihatin terhadap bumi yang semakin panas dek kerana aktiviti seharian manusia sendiri. Earth Hour kini banyak mempromosikan "Beyond the hour" yang mahukan penyokong Earth Hour ini untuk bergelap lebih dari 1jam.


USM sendiri terutamanya Desasiwa Fajar Harapan turut mengambil inisiatif untuk Menyokong Earth Hour. Fajar Harapan turut membuat beberapa aktiviti menarik bagi menarik perhatian penghuni agar menyokong Earth Hour. Earth Hour tidak memaksa masyarakat atau penghuni untuk menyokong. Ianya semua terletak atas inisiatif dan keprihatinan individu terhadap isu perubahan iklim dunia. Marilah sama-sama kita menyokong Earth Hour dengan mematikan lampu dan peralatan eletrik selama satu jam dari 8.30pm - 9.30pm dan tidak salah untuk "beyond the hour"  

Tidak perlulah kita hanya pandai berkata-kata, namun tiada hasilnya. 
Apa tindakan kita untuk menangani masalah perubahan iklim??? 




Apa itu Earth Hour?

Earth Hour merupakan kempen untuk mengurangkan pemanasan iklim global oleh WWF (World Wildlife Fund) yang dipelopori oleh WWF  Australia untuk menanggulangi pemanasan global. Kemudian, tahun ke tahun Earth Hour disambut baik oleh masyarakat dan pemerintah seluruh dunia.

Kenapa Perlu Tutup Lampu?

Earth Hour bertujuan untuk mendidik masyarakat dunia tentang ancaman perubahan iklim yang berlaku kini di samping menerbitkan kesedaran dalam diri individu bagaimana perubahan kecil boleh boleh menyumbang kepada perubahan besar dalam rutin seharian. Bayangkan bumi yang tidak mampu lagi untuk menjadi tempat anda berteduh, menyebabkan kehidupan jadi kelam, dan tidak mampu untuk berbuat apa, menjalankan kehidupan. 

Sejarah Earth Hour

Untuk mengetahui sejarah Earth Hour saban tahun sejak tahun 2004 sehingga sekarang, boleh rujuk di laman rasmi Earth Hour 2011. Yang pastinya, negara kita mula menyertai kempen Earth Hour ni sejak Earth Hour 2009. Dan pada tahun 2009 lah banyak negara menunjukkan minat untuk menyokong usaha WWF ni.




p/s : bezz p main Futsal dekat BJ malam semalam :)


     

Saturday, March 26, 2011

Dekat BJ ada tempat futsal???

Sudah berpuluh-puluh kali aku ke Kompleks Bukit Jambul (shopping mall) tak pernah tahu pon ada tempat futsal kat situ. Mungkin sebab baru lagi kot atau aku je ketinggalan. Berdasarkan pemerhatian tempat futsal situ mungkin baru 2-3 tahun buka. Harga tempat tu tak pasti sangat dalam rm150 untuk 2 jam, murah la jugak. Ada 3 court kt situ dan suma penuh dengan orang, nasib baik membe-membe yang lain sampai dulu. Selalunya p main dekat Gembira, bezz jugak la kt situ. Banyak jugak la tempat futsal dekat USM nih. So, senanglah kalau nak p main nak release tension study!. aku p BJ dengan 3 orang lagi membe aku budak farmasi, kami tumpang keta atas belas kasihan sorang mamat  farmasi nih. Kami la nie senang sikit nak p mana-mana sebab ramai yang dah ada kenderaan. Tapi sejak dah ada keta nie, budak-budak farmasi kat fajar keje kuar je pegi QB, Gurney, main boling, tengok wayang dan macam-macam lagilah. Mentang-mentanglah JPA bg duit!. Aku pon kadang-kadang join jugaklah time-time boring, tak tau nk buat apa.

Hmm, batuk selsema tak hilang betul - betul lagi dah p main futsal. Ingatkan tempat futsal tu tertutup, rupa-rupanya p main dekat atas bumbung BJ. Dah la hujan renyai-renyai pulak, jangan batuk selsema semakin teruk sudah, memang puas main semalam main. Walupun hujan masa main, nasib court tak la licin sangat. Tak la teruk sangat court dia dan boleh la p main ag lepas nie. Top scorer dapat dekat ex-CR farmasi 1st year ar dah macam messi dia main semalam. Gol keeper kami tak kurang hebat semalam dengan aksi terbang sana terbang sini. Pemain terbaik semalam dapat dekat kami punya driver semalam, kena lah bodek cikit sebab kalau dia tak bawak kami semalam tak dapat la nak main. Lagipon dah lama tak beriadah kt luar. Asyik beriadah dalam bilik je. Nanti set ag r game dengan sapa -sapa yang ada bran dengan team farmasi nie(poyo). 

Kami semalam ada la dalam 12-13 orang main gilir-gilir. Kami main semalam dengan budak-budak math + membe-membe diorang bagi ramai. Lagi ramai lagi la bagus, tak payah kuar duit banyak sangat. Nanti ajak lah lagi kami p main taklah asyik terperap dalam USM nie. Memang Enjoy sangat semalam walaupun penat gilerr! main 2 jam dari pukul 12am sampai lah 2 pagi. Bilalah pulak nak p main ag???






p/s : Kalau kita ingat dekat oghe, Oghe pom ingat kat kita (HKLBR)