Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Sunday, March 27, 2011

Earth Hour 2011

Tepat 8.30pm 26/3/2011 iaitu pada hari sabtu, seluruh dunia akan memadamkan lampu dan peralatan elektrik selama satu jam bagi menyokong Earth Hour yang diadakan setiap tahun. Sebagai menunjukkan tanda sokongan terhadap aktiviti ini, semua akan mematikan lampu dan peralatan elektrik yang lain selama satu jam untuk meningkatkan kesedaran terhadap keperluan untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim. 


Earth Hour 2011 adalah akan hadir! Seluruh dunia bersiap sedia untuk acara perubahan iklim. Ramai yang berpendapat yang dunia tidak akan dapat diubah dalam masa 1 jam, tapi Earth Hour ini merupakan inisiatif diri sendiri yang menunjukkan keprihatinan terhadap perubahan iklim yang berlaku bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Earth Hour juga memberi kesedaran kepada kita untuk lebih prihatin terhadap bumi yang semakin panas dek kerana aktiviti seharian manusia sendiri. Earth Hour kini banyak mempromosikan "Beyond the hour" yang mahukan penyokong Earth Hour ini untuk bergelap lebih dari 1jam.


USM sendiri terutamanya Desasiwa Fajar Harapan turut mengambil inisiatif untuk Menyokong Earth Hour. Fajar Harapan turut membuat beberapa aktiviti menarik bagi menarik perhatian penghuni agar menyokong Earth Hour. Earth Hour tidak memaksa masyarakat atau penghuni untuk menyokong. Ianya semua terletak atas inisiatif dan keprihatinan individu terhadap isu perubahan iklim dunia. Marilah sama-sama kita menyokong Earth Hour dengan mematikan lampu dan peralatan eletrik selama satu jam dari 8.30pm - 9.30pm dan tidak salah untuk "beyond the hour"  

Tidak perlulah kita hanya pandai berkata-kata, namun tiada hasilnya. 
Apa tindakan kita untuk menangani masalah perubahan iklim??? 




Apa itu Earth Hour?

Earth Hour merupakan kempen untuk mengurangkan pemanasan iklim global oleh WWF (World Wildlife Fund) yang dipelopori oleh WWF  Australia untuk menanggulangi pemanasan global. Kemudian, tahun ke tahun Earth Hour disambut baik oleh masyarakat dan pemerintah seluruh dunia.

Kenapa Perlu Tutup Lampu?

Earth Hour bertujuan untuk mendidik masyarakat dunia tentang ancaman perubahan iklim yang berlaku kini di samping menerbitkan kesedaran dalam diri individu bagaimana perubahan kecil boleh boleh menyumbang kepada perubahan besar dalam rutin seharian. Bayangkan bumi yang tidak mampu lagi untuk menjadi tempat anda berteduh, menyebabkan kehidupan jadi kelam, dan tidak mampu untuk berbuat apa, menjalankan kehidupan. 

Sejarah Earth Hour

Untuk mengetahui sejarah Earth Hour saban tahun sejak tahun 2004 sehingga sekarang, boleh rujuk di laman rasmi Earth Hour 2011. Yang pastinya, negara kita mula menyertai kempen Earth Hour ni sejak Earth Hour 2009. Dan pada tahun 2009 lah banyak negara menunjukkan minat untuk menyokong usaha WWF ni.




p/s : bezz p main Futsal dekat BJ malam semalam :)


     

0 komen:

Post a Comment