Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Thursday, December 22, 2011

Aku dan Final exam

Kehangatan final exam semakin terasa, 13 hari lagi sebelum bermulanya paper pertama aku untuk semester nie. Tapi untuk exam kali nie aku bermula bukan menjawab di atas kertas atau teori, sebab kali nie exam aku bermula dengan praktikal atau subjek FAR222- Dosage form 2. aku memang agak trauma dengan subjek nie. Ini semua gara-gara adik subjek FAR222 iaitu FAR221 yang meng'kantoi'kan aku semester lepas. Dah la teori susah, amali pon bukannya senang, walaupun buat ubat dimana tiap2 minggu sebelum nie aku kena practice untuk buat ubat(praktikal). Nak buat macam mana, dah nama pon exam, mesti la cuak nak buat benda tu walaupun simple. Aku harap peristiwa dosage semester lepas tak berulang untuk semester nie. Amali dosage nie buat dekat J13 makmal dispensing School of Pharmaceutical Sciences. Banyak senior cakap dosage kali nie lebih mudah daripada yang sebelum nie. Tapi, bila masuk belajar teori dan buat kuiz, aku rasa subjek nie tak la semudah yang orang cakap. Tapi tak kan la semua benda nak mudah, kejayaan tak akan datang tanpa usaha.

Esok aku ada kuiz physic pharm dan semalam kuiz antimicrobe, Sabaq je la jawab soalan antimicrobe tu. Dalam banyak-banyak soalan yang aku jawab semalam, satu pon aku tak yakin dengan jawab yang aku bagi walau soalan dia hanyalah objektif, true/false dan isi tempat kosong. Nota punya la tebal, memang boleh mati kalau nak hafal. dah la ada lecturer yang tak bagi nota. time2 nie la dok phototostat nota drpd kawan2 yang rajin salin nota. Aku risau ada part yang ter 'miss'. tengok2 soalan tu pulak keluaq dalam exam. memang terbaikk ar. Dekan pesan jangan hafal tapi faham, MASALAHnya ada yang tak faham boleh ingat, ada yang faham tak ingat, dan yang paling bagus tak faham dan tak ingat. mesti ada ja tiba soalan tu aku sendiri confius sama ada aku belajar benda nie ke tak. So, macam mana nak score dalam final?... Masa matrik dulu ingat matrik la paling susah, jadual paling padat. menyumpah tak mo masuk matrik balik. Tapi sekarang aku rela masuk matrik belajar 3-4 subjek, jadual padat, tak leh outing selalu lagi bagus drpd masuk U yang bebas!

Paper lain yang aku kena amik semester nie LMT100, FAR241-Antimicrobe, FAR222-Dosage Form 2(teori), FEL272- Management, FAR221-Physical Pharm, FAR212- Med Chem, dan last paper FAR211-Biochem. Seperti setiap semester, jadual exam pon padat macam jadual kuliah . Setiap hari ada satu paper, memang boleh menyebabkan tachycardia dengan jadual macam nih. dah la silibus semester nie habis lambat, jeles tengok budak 1st year yang habis silibus 3 minggu sebelum study week. Untunglaaaa... kami yang habis 2 minggu awal pon masih sibuk dengan macam2 presentation, kuiz. memang time seminggu study week la nak pulun  study betul2. Bukan setakat silibus habis lambat, coursework pon berlambak FAR212 dengan VIVA + report, FAR241 dengan Video + report, FEL272 dengan case studies + research. memang pening!...tapi Alhamdulillah semua tu dah setel. Aku bukan nak merungut kerja banyak. tapi sekadar untuk meluahkan apa yang aku rasa. Berakhirnya Kuiz physic pharm esok menandakan bermulalah study week aku yang official!...

Start study week, no more boling, wayang, futsal dan etc. Harap2 berjayalah, jangan ada makhluk Allah yang mengoda aku p men futsal, boling bla bla bla... aku pantang bab2 kena ajak kearah yang lagha2 nih. Laju ja ikut, tapi bila bab study, slow macam siput. Semoga berjaya kepada semua kawan2 yang bakal menghadapi final exam. Jom struggle habis-habisan untuk perbaiki CGPA! sapa kata pointer tak penting, meh jumpak aku!HAHA... Akhir kata JOM STUDY!










p/s:: tak mau Syok Sendiri!!! >.<

Sunday, December 11, 2011

Exam dah nak dekat T_T

dah berbulan-bulan aku tak update blog nie. hari nie rasa nak buat satu entry baru la pulak tapi tak tau nak tulis apa. hari nie dah 11 disember 2011, 24 disember dah start study week dan 4 Januari 2012 bermulalah peperiksaan akhir semester 1 untuk sidang 2011/2012. Sidang kali nie memang agak pendek dan jadual paling packed aku rasa.

Busy, busy, busy. nie la ayat yang selalu ada dalam kepala. satu lagi malas! nak cite bab malas nie sampai esok pagi tak habis. kerja yang ada dok tangguh-tangguh, asyik pikir nak tidur ja. hmm... susah la nak buat sesuatu bila tak dak semangat. mana p semangat aku dulu?.  seriously tak sabar nak habis SIDANG nie. Sidang yang paling mentensionkan aku. Tapi, nak buat macam mana, hidup mesti diteruskan. kan best kalau boleh buat tak tau ja. *sigh ...

mulut tak habis-habis dok sebut exam nak dekat....exam nak dekat. tapi buku MALAS nak bukak. apa nak jadi la ngan aku nie. kalau tak study boleh jawab exam tak pe la. Nie, kalau tak study konpom-konpom la kantoi result aku nanti. jangan la asyik dok ikut orang sangat. orang malas study, aku malas study. bila orang ajak kuar berjimba-jimba(ayat baru belajar) laju ja ikut. Ingat pesan mak, Belajaq rajin-rajin! bukan p dok main-main.

pasnie plan nak tidoq, nasib baik tadi dok ajak-ajak manja nak p men boling tak jadi. Kalau dak memang buat masa, buang duit la. dah la duit yang ada untuk sem nie pon dah nyawa-nyawa ikan. Harap-harap cukup la sampai habis sem nie. Duit dah tak banyak pon susah nak berjimat. pantang ja ada masa, mesti nak kuaq, makan McD, kfc. makan macam-macam, tapi tak naik pon berat aku nie. Orang lain dilema nak turun berat, aku dilema berat tak naik-naik. tinggi sangat ka metabolisma badan sampai makanan tak sempat tukaq jadi lemak. Nak amik protein mahal sangat, kawan aku yang amik protein nie pon tak nampak effect sangat. takkan la sebab tak makan sayur ja, berat tak naik -.-

start esok aku ada banyak presentation, test dan macam-macam lagi, dah la ada silibus yang tak habis lagi. Esok ada amali dosage, aku group C kena p pukul 11.30pagi. Mesti lama kena tunggu lama macam tahun lepas. pukul 2 lebih baru habis. Harap-harap 2 preparations kali nie senang la. petang isnin, kami plan nak siapkan assignment video antimicrobe. punya la lama video nie nak dalam 10 mint, aku pon tak tau nak letak apa ag dalam video nie. selasa pulak ada oral presentation untuk LMT100. dah la aku memang fail bila cakap depan orang ramai, tambah-tambah english. aku ingat lagi masa matrik dulu, ada oral presentation buat kat library untuk praktikum aku. sampai turn aku, aku senyap kaku ja kat depan tu tak tau nak cakap apa, memang tak terkeluar satu patah ayat pon masa tu, last-last lecturer suruh duduk ja. habis berpeluh satu badan. aku memang lemah bab-bab komunikasi + lack of confident, tapi aku berusaha untuk membaiki kelemahan aku nie. aku harap sangat aku dapat overcome masalah aku satu hari nanti.

hari rabu pagi mesti ada sambungan oral presentation english nie, aku tak pasti pulak sama ada aku kena hari selasa or rabu, aku dapat turn no 12 daripada 25 orang kot dalam kelas kami. Rabu petang ada presentation management, mungkin kali nie aku kena present sebab masa case study presentation aku tak bentang. setakat nie John(group leader aku punya management) tak cakap ag bila nak buat meeting, So, just tunggu dan lihat, aku malas nak pikir banyak.

untuk kelas pulak, aku tinggal 2-3 kelas ag je, kelas ngan dean, dr zalina lagi 2/3 jam, prof zahri lagis sejam. So, minggu nie dah boleh habis semua subjek untuk sem nie. mampus aku nak cover semua dalm 1-2 minggu. selagi tak setel semua kelas, assignments, selagi tu la tak study aku rasa.

aku sangat berharap semuanya bakal berjalan dengan lancar, harap tak dak masalah yang perlu aku pening-pening nak pikir. kenapa aku malas sangat berpikir, tak kan la semua nak harap kat orang kot.

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Bulan Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya. Adakah dapat kita bertemu lagi pada tahun yang akan datang?.  Kini Syawal bakal menjelma. Umat islam sekarang sibuk membuat persiapan untuk menyambut perayaan Aidilfitri. Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh semua umat islam diseluruh dunia selepas menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Justeru ketibaan bulan Syawal yang penuh berkat ini perlu diraikan dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan sebegitu banyak rahmat dan nikmatNya yang melimpah ruah kepada kita. Raikanlah Aidilfitri ini dengan kesederhanaan bukan dengan pembaziran. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri dicucapkan kepada semua umat islam diseluruh dunia terutama sahabat-sahabat yang mengenali mahupun yang tidak. Ampun Maaf dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maaf sekiranya pernah membuat sesiapa terasa secara langsung atau tidak. Sekiranya terdapat hutang dimana-mana harap dapat dihalalkan dunia akhirat. Moga hidup kita diberkati oleh Allah dan mendapat rahmat daripadanya.



Saturday, August 20, 2011

Malam Lailatul Qadar


dah lama aku tak update blog, pagi nie rasa nak update la pulak. tak dak cita apa pon cuma entry untuk puasa. sebelum ada blog..teringin nak ada blog. bila dah ada blog, malas nak update la pulak. tu la asyik nak ikut orang ja. tapi tak salahkan aku buat blog nie. just untuk suka-suka mengisi masa yang ada. asyik berpesbuk 24 jam.


sekejap ja masa berlalu, arinie dah masuk 20 ramadhan 1432. rasa baru semalam start puasa. tapi, puasa kali nie aku masih belum sedar lagi untuk memperbanyakkan amalan2 dalam bulan puasa nie. malas betol aku nie... bila nak sedar ntah la...


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan. Itulah malam Lailatul Qadar.


Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.



Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.


Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

Wednesday, July 20, 2011

Novel Harry Potter 1-7





Harry Potter merupakan nama watak yang menjadi tajuk utama buku-buku ciptaan J. K. Rowling dan filem yang berdasarkan kepada siri novel ini. Kisahnya mengenai seorang remaja lelaki yang bernama Harry Potter yang mengetahui bahawa orang tuanya adalah ahli sihir pada ulang tahunnya ke-11. Dia kemudian dihantar untuk bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts. Di sana dia bertemu dengan dua orang yang kemudian menjadi rakan karibnya, Hermione Granger dan Ron Weasley. Dari situ, kehidupannya sebagai murid sekolah sihir tersebut diceritakan sepanjang tujuh buku, yang masing-masing mencakup masa waktu satu tahun.


sape2 yang minat cita harry potter nih yang nak baca novel dia boleh download...kat bawah ada link...novel nie dalam bentuk pdf dan english version...



Link Mediafire...kalau link broken bagi tau erk....




1. Book 1 :: Harry Potter And The Sorcerer's Stone 




2. Book 2 :: Harry Potter and the Chamber of Secrets




3. Book 3 :: Harry Potter and the Prisoner of Azkaban




4. Book 4 :: Harry Potter And The Goblet of Fire


5. Book 5 :: Harry Potter and The Order of the Phoenix




6. Book 6 :: Harry Potter and the Half-Blood Prince




7. Book 7 :: Harry Potter and the Deathly Hallows

Thursday, July 7, 2011

kl gangster


filem nie baru saja habis tayang kot. dengaq cita berjuta2 dapat, panggung wayang jauh. so kena lah download.hahahaha...lagipon download free ja. aku memang suka benda2 free nih. tak yah susah2 keluaq duit. kalau ada yang tak suka download2 nih.. p la bli yang original. biaq yang kaya bertambah kaya, yang miskin teros miskin. setiap orang ada pendapat masing2, kita kena respect la. kadang2 kita ingat kita ja yang betol, tapi kita tak sedaq yang kita nie salah.

memang best cita nie....gangster dia pon mantap...malek, shark, jai, dragon, ajib, fadil... aksi gadoh2 pon best.hahahhahaha...yang aku konfius fadil nie lawak ke gangster???abg long lah sangat. antara dialog dalam kl gangster  Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam, Cuti Dah abis Bro, Hidup Dan Mati Bukan Di Tangan Lu La Sial, Abang tak abang, sapa kacau aku Pecah!!, Tapi kalau dia sentuh kau dragon, aku cium dia, abang besar sudah keluar, wa ingat lu sudah mampus, Lu tau ka? lu tau ka? lu tak tau maa, Itu Belum abg long dil,kalau abg long dil dah arwah die tu, Ehh siaal laah~ puiih! ~~, Jangan risau , tak de alkohol , Lawan Aku Bukan 2 Orang , Tapi 2 Lori, abg long bukit bintang, semenjak gua korek hidung dia baik resdong dia tu!" 

nie aku copy and paste dia punya sinopsis :p

Sinopsis KL Gangster,

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.

kalau ada yang tak tengok lagi meh aku share link(orang lain yg upload)...sedut sendiri lah yer..dekat youtube pon dah ada..tak boleh nak letak la pulak kat sini.adoiiii

Format mkv 312mb
Mediafire :: part 1 | part 2


nie kl hamster a.k.a kl gangster versi parody.hahahahha

tengok wayang


Alhamdulillah lepas jugak test jpj, tak payah la amik 2-3 kali. cuak jugak la tunggu nak test. dah la tester jpj tu garang semacam ja. tapi kalau peramah sangat orang marah pulak ganggu time tengah test. untuk test jpj nie aku dapat 17 untuk lepas kena dapat at least 16/20. sape yang tak amik lesen ag tu baik bersedia fizikal dan mental. masa nak test tu mental yang penting. kalau gelabah sangat ape pon tak boleh.

Isnin aritu aku kuar ngan member2 sekolah lama gemok, bale, ngan wafiy. tiba2 pulak aku leh join p tengok wayang dekat tgv cinemas jusco perda. jarang la aku keluar tengok wayang, sebab dekat area umah aku dulu ada la panggung wayang tapi sekarang dah tutup. so jauh sikit la kalau nak keluar tengok wayang. mula2 cam malas ja nak keluar tapi sebab cam excited ja nak tengok transformers 3 : dark of the moon nie aku pon ikut la. lagipon lama dah tak lepak2 dengan depa nie. sebab tak mau menghampakan harapan kawan2, aku ikutla.hahahahha....seronoknya cuti sampai bulan 9, jangan jeles budak2 yang tak cuti, selamat kembali belajar oiii...sorang balik ipoh, sorang balik ganu, sorang nie ja tak reti2 nak merantau tempat lain. sayang sangat dekat penang dia. "aku tak bersedia ag la"...jangan marah gemok.... hampa bukan tak tau, aku bukan jenis selalu keluar merayau tak dak keja. dah la aritu keluar bershisha. macam2 hampa try, bukan shisha tu haram ka???aku ingat hampa dah bershisha.temberang aku.....

perghh...harga tuk 3rd bapak punya mahal rm17 hinggit. dah la hinggit time tu tak banyak, jpa pon tak masok time cuti2 nih. klu tak amik yang 3rd kena tunggu lagi 45 minit. so aku pikir balik awal punya pasal, setujulah tengok 3rd. seat yang dekat belakang2 banyak yang penuh. tinggal lah yang dekat depan. tapi tak la depan sangat. tapi yang jual tiket tu cakap kalau 3rd elok duk kat depan sebab efek 3rd tu lebih nampak. aku nie bukan selalu tengok wayang, kalau dia kencing, kena kencinglah aku. rasanya nie 1st 3rd filem yang aku tengok kat panggung(kantoi sudah).  sakit kepala jugak la sebab kena dongak(perghh...bahasa baku)... dah la pki spec 3rd tu tak selesa sangat.

cita dia memang best, cita2 transformers sebelum nih aku download ja, tak tengok kat panggung pon. kali nie ja, puas hati jugak la filem durasi 157 minit nie. timbul persoalan...kenapa filem luar cita lama2 tak boring, kalau filem malaysia lama mesti boring. sebab tu kot filem malaysia tak buat lama2, selalunya 1 jam setengah. rasa jugak la efek 3rd tu. memang mantap la cita dia. kalau filem malaysia macam nie.perghhh...memang best la.




Sunday, July 3, 2011

lesen kereta

dah 5 kali latihan memandu, esok aku akan ditest oleh jpj. sebulan aku kena tunggu untuk ditest oleh jpj nih sebab undang2 dia lepas sebulan baru boleh ditest jpj. Sebelum nie aku memang tak de pengalaman langsung dalam memandu nih. so kenalah buat latihan selama 10 jam sebelum ditest. ramai kawan2 aku semua dah ada lesen keta, aku ja belum ada lagi. So, cuti nie aku pon amik la lesen. nanti senang nak rembat keta sape2.hahahaha... tempat latihan memandu aku nie nama dia akademi memandu berjaya dekat simpang empat, penang.

aku nak cita sikit la kisah aku belajar memandu nih. orang lain semua dapat satu cikgu ja yang ajar memandu. tapi aku sampai 3 orang yang ajar. 1st cikgu ajar aku nie nama dia uncle meng. uncle meng nie ok la, tak garang. dia nie suka puji diri dia sendri..."wa tau ma...wa ajar baguih punya".hahahaha...dia la yang ajar aku mula2 bawak keta. aku sebelum nih mana penah bawak keta. setakat bumper car or keta sorong tu penah la. 2 kali uncle meng nie ajar aku. dia nie memang banyak pengalaman ajar orang bawak keta. yang penting dia siap puji aku pandai buat parking. sekali dua ja dia ajar dah tahu. dia cakap parking la susah, ramai orang sangkut dekat situ. uncle meng nie ajar aku luar kawasan sekolah memandu.

lepas 2 kali belajar dengan uncle meng, aku kena belajar dengan en said pulak. nie kerani tempat aku amik lesen ar yang arrange. en said nie pon ok, dia ajar aku 2 kali jugak. dia ajar aku untuk dalam kawasan sekolah memandu dengan jalan untuk ditest. cikgu ke3 nie time ari terakhir aku belajar memandu semalam sebab en said nie cuti ari sabtu, so orang lain ar ganti. overall cikgu2 sekolah memandu nie semua ok.

untuk dapat lesen keta, akan ada 2 bahagian yang dotest jpj, bahagian 1 dan bahagian 2. bahagian 1 dalam kawasan sekolah memandu dan bahagian 2 jalan raya. bahagian 1 ada bukit, parking, dan 3 penjuru. aku susah nak buat bukit sebab tak pandai nak ejas klas dengan minyak. takot jugakla time test nanti sebab kalau bukit tak lepas maknanya kena balik awal la, yang lain dah tak payah buat teros failed. setakat aku buat latihan memandu nie tak de la banyak masalah sangat dekat parking dengan 3 penjuru. tak pernah lagi la langgar tiang2 yang ada dekat situ. harap2 masa test nanti aku boleh buat la. malas aku nak amik untuk kali ke2.

sebelum aku pegi latihan memandu terakhir semalam, aku tidur 2 jam ja malam tu. dekat fon dah siap buat reminder yang ada latihan sabtu tu, macam mana pulak aku tak pasan yang pagi tu dah ari sabtu. pukul 4 pagi baru aku pasan yang aku kena pegi latihan pukul 7.20 van tunggu. aku bajet nak tidur pukul 8. dah la tengah syok main fifa online. aku pon kelam kabut tutup laptop semua takot tak larat nanti nak bawak keta. habis semua henset yang ada kat umah aku nie aku buat alarm. dah la tak pesan dekat mak aku suh kejut kol 6.15. nasib baik mak aku kejut kalau tak memang tak pegi la latihan tu.

yang tak bezz sepanjang aku pegi latihan memandu nih, aku kena tunggu dekat 2 jam sebelum boleh balik. naik van 7.30 pagi, latihan pukul 8- 10 pagi. lepas pukul 10 bukan aku boleh balik, aku kena tunggu sampai pukul 12. sebab pukul 12 baru van tu hantar orang balik. 2 jam yang tak tau nak buat apa. kadang2 bengang jugak la. dah la time last latihan tu orang ramai masa nak naik van tu dekat 12 orang. kesian kat ada sorang budak tu kena balik naik van lain kol 1 sebab van tak muat. kalau yang baru nak amik lesen tu, pilih la hari buat latihan selain hujung minggu. time hujung minggu punya la ramai orang. nak tunggu que buat parking, bukit, 3 penjuru punya la ramai. time tu pulak ada yang baru belajar so tak pandai la lagi nak buat parking. so que la 3-4 biji keta kat belakang. 





Monday, June 27, 2011

dapat intebiu kfc


Akhirnya...setelah hampir sebulan lebih aku cuti, dapat jugak panggilan untuk intebiu arinie. dapat la jugak nak cari pengalaman kerja pasnie. tak sangka aku apply dalam bulan 5 tapi sekarang baru dapat intebiu. aku nie bukan berani sangat nak intebiu segala bagai. almak longlah pemalu. tapi sekarang nie cuba untuk buang perasaan malu yang tak kena tempat.

nasib baik la aku teringat dekat kawan lama aku nie yang pernah kerja kfc. so aku tanya la kat dia tips tips nak menjawab soalan daripada manager kfc nih. nasihat utama dia kat aku, jangan cakap aku tengah belajaq! dia kata susah sikit depa nak amik budak budak U nih. kerja sekejap berhenti. manager tu tak habeh2 tanya kenapa  tak sambung belajaq. aku pon boleh pulak temberang kata tak dapat U awam. banyak dapat swasta tapi kos nak belajar kat swasta mahal...perghhh..alasan aku!!! pastu dia tanya aku sebelum nih keja kat mana....aku pon cakap la tolong sedara mara dekat pasar malam.hohohooho...dari lepas spm lagi aku tak pernah kerja. pandai menipu betul aku nie -.-'....manager nie pon siap tanya history kfc...bab nie aku kantoi. aku cakap je la aku tak tau. dia tanya jugak nak keja bahagian mana cashier, cook dan da lagi la bahagian lain aku tak tau nama apa.. aku just cakap bagi bahagian belakang dulu. kawan aku yang pernah keja kfc nih cakap bahagian cook berat sikit. kena masak segala bagai.

Alhamdulillah aku lepas dia punya intebiu, tapi sebelum kerja aku kena prepare benda2 yang dia nak. macam maybank akaun, kwsp, ic, gambar dan suntikan typhod/typhoid. tambahan yang dia cakap kat aku misai,janggut semua tak boleh, sideburns pon kena pendek. apee pon tak boleh~
patutla yang aku tengok keja semua muka2 skema ja...



perlu tak aku keja nih????masih konfius....kawan2 suruh ja kerja...kalau kerja paling lama sebulan...paling kejap sehari.hahhahaha....dah la intebiu pon aku temberang 0.o

p/s : 4/7 nie test jpj.huhuhu...tak sabar nak dapat lesen..hopefully lepas

Friday, June 24, 2011

Syabas Harimau Malaya


fuhh...semangat gila aku nak tulis entry nie..entry kali pasal game Malaysia ngan Lebanon tadi. game tadi sebenarnya adalah game untuk kelayakan olimpik dan rata rata pemain adalah berumur 23 tahun kebawah. Keputusan perlawanan Malaysia 2-1 Lebanon. Gol Malaysia dijaringkan oleh Irfan Fazail pada minit ke-8 dan Wan Zack Haikal pada minit ke-40. Manakala gol saguhati Lebanonn dijaringkan Chadie Atie pada minit ke-63. aku tengok secara streaming ja. Al maklong lah tak dak astro kat umah. walaupun sangkut-sangkut juga video tu tapi aku puas sebab dapat jugak tengok Malaysia main. kalau umah aku pakai unifi mesti tak dak sangkut-sangkut nih. 

Permainan yang menarik yang ditunjukkan oleh para pemain, kalau Malaysia boleh main dengan kemas, teratur...InsyaAllah bola sepak Malaysia akan terus maju. Huh...tapi babak kedua permainan agak mencemaskan bila Gary Steven nih dapat kad kuning kedua then kad merah teros. lepas ja Gary nih kena kad merah game Malaysia terus hancur! aku yang tengok dari jauh nih pon takot, apatah lagi yang ada kat stadium dengan yang tengah berjuang atas padang. Malaysia main dengan 10 lawan 11 lebih kurang 40 minit. Walaupun masa tu Malaysia leading 2-0 tapi bukan senang nak main dengan 10 orang tambah pulak macam-macam pressure. nasib baik lebanon nie dapat 1 gol ja. aku risau kes final piala FA klate dengan ganu...last minute punya gol...hancur berderai impian klate. tapi nak wat macam mana dah tak dak rezeki. tapi Alhamdulillah, malam nie rezeki Malaysia...kita menang 2-1.

aku nak cakap pasal penyokong pulak. walaupun tak penuh stadium tapi ramai jugak la yang p tengok aku nampak. yang kaki tengok bola kat kedai mamak pon ramai(komen kat pesbuk). apa apa pun aku harap penyokong Harimau Melaya terus menyokong jatuh bangun nya bola sepak Malaysia nih. Jangan time menang puji sampai ke bulan, bila kalah kutuk gila babi. bila nak maju bila kalah kutuk tak habeh, tukaq nie, tukaq tu. cuba p main tengok baru taw macam mana.

dengan kemenangan pasukan Harimau Malaya nie layak ke round ke-3. selain Malaysia ,Japan, South Korea, Australia, Uzbekistan, Saudi Arabia, Syria, Qatar, Iraq, Bahrain, United Arab Emirates, Oman melengkapkan 12 pasukan untuk round ke-3 nih. Undian kumpulan akan dibuat pada 7 july nanti di AFC HOUSE, kuala lumpur, malaysia. 3 kumpulan dengan 4 negara dalam 1 kumpulan. Juara kumpulan layak Automatik, naib johan akan bertanding di pusingan Playoff. Moga Malaysia akan layak untuk Olimpik 2012 dekat london nanti.

boleh lah like page-page nih sebagai tanda sokongan dan info-info terbaru bola sepak tanah air kita
Harimau Melaya    BolaMalaysia    Skuad-Bola-Sepak-Malaysia


news dari web AFC : malaysia-2-1-lebanon

dan untuk pengetahuan semua juga.Malaysia satu-satunya wakil asia tenggara ke pusingan akhir kelayakan sukan olimpik setelah vietnam rakan asia tenggara terkandas setelah tewas kepada arab saudi. Diharapkan Malaysia dapat bermain dengan lebih baik lagi lepas nie. tunjukkan permainan ala ala eropah.hahhahah. dan buat para penyokong, sokonglah tak kira time menang or kalah.

untuk yang tak tengok game nih....boleh tengok kat bawah nih


GOL PERTAMA :  Half Volley cantik Irfan Fazail





GOL KEDUA : lorongan terbaik dari Gary untuk disudahkan dengan cantik oleh Wan Zack Haikal.




Majulah Sukan Untuk Negara. tagline nie mesti yang tengok bola mesti tau. kat RTM selalu dok sebut. aku memang sakit hati sungguh ngan RTM nih. tak boleh ka tunjuk bola live kat tv1????tak boleh live tertunda pon jadi la. haishhh..dah la tender liga super dapat kat astro. bukan semua orang ada astro, aku tengok Maharaja Lawak(apa kena mengena pulak) pun kat youtube ja. kalau dekat negara sendiri pon tak leh nak buat live.adoiiii....nak p stadium kalau dekat tak pa la jugak. Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia !!!....


sekadar iklan : best tengok video nih...boleh bagi naik semangat!hahahhaha

"Jung-moo, ke tengah, Khalid, dapat kepada Hassan, masih lagi Hassan, cocok Hassan, Hassan, Young-jeung mengejar, kepada James, peluang untuk James, James, GOL, GOL" -1 Malaysia.LOL

 


pesanan dari pihak penaja : tak sabaq-sabaq nak tengok Maharaja Lawak akhir esok(tunggu kat youtube ja)

Monday, June 20, 2011

aku dan bas

lama dah aku tak update blog. hari nie rasa nak update lak blog aku nie. semua orang mesti pernah naik bas ekspress. aku baru balik dari banting melawat adik aku kat matrik. kali nie mak aku tak mo pegi dengan keta, nak pegi dengan bas. aku pon teman la ikut pegi banting. tapi bas dari parit buntar tak dk ke banting terus kena amik tiket ke klang dulu sebelum ke banting.

aku dah lama tak naik bas ekspress yang jalan jauh 7-8 jam. maklumlah asyik belajar dekat dekat je. susahlah kalau nak merasa naik bas lama lama. tapi naik bas lama lama pon bukan bezz sangat, buat sakit badan dengan tak selesa lagi. baik tido kat rumah lagi sedap. aku cuti nie memang tak dk keja lain dah. bas yang aku naik untuk ke klang bas ERA MESRA. boleh tahan la bas nie, nampak kemas luar dan dalam. nak komen banyak banyak pasal bas pon aku jarang naik bas. dan bas yang aku naik dari puduraya ke parit buntar bas BETONG ekspress. syarikat anak buluh betong punya kot. lepas buat filem, bukak syarikat bas pulak. bas nie tak cantik.hahahhaa...tapi Alhamdulillah selamat sampai. driver bas masa aku pegi ke klang bawak biasa biasa ja, tak slow tak laju tapi driver bas anak buluh betong bawak laju jugak la, dah la malam dengan dekat kawasan ipoh yang berbukit bukit tu.  aku takut jugakla  nek bas nie.

dah lama tak singgah kat puduraya, masa nak amik bas ke parit buntar aku pegi la puduraya dari banting. puduraya dah lain dah sekarang, cantik dah sekarang. puduraya kan baru renovate... terbaikkkk wokkk...masa nak jalan p puduraya. aku nampak la banyak sungguh foreigner.hahahhah...indon, abang la ar nie...dah nampak macam negara diorang dah kat situ.

Yang tak bezznya naik dua dua bas nie, sebab berhenti kat luar RnR. dah elok elok orang buat RnR suruh berhenti rehat, nie nak jugak berhenti kat luar. Maksud aku berhenti luar RnR, bas keluar tol slim river dan berhenti kat kedai makan dekat dekat situ. tempat tu dah la tak bersih tambah pulak status makan kat situ. bukan aku nak racist, tapi macam restoran makanan cina ja kat situ. takot aku nak makan. banyak jugakla bas bas yang berhenti kat situ. macam macam jenis bas berhenti. orang kata la, aku tak kata.....driver bas nie dapat makan free, rokok bla bla bla....mesti dapat komisyen jugak nie sebab bawak penumpang berhenti situ. tak faham aku, tak salah ke driver bas buat macam nie, tempat tu memang tak selesa!...nak makan pon was was. kalau yang selalu naik bas ekspress mesti selalu berhenti kat situ. benda nie aku rasa dah lama, tapi tak kan tak dk tindakan kot. aku rasa bukan aku saja yang tak selesa dengan tempat nie, orang lain pon mesti tak selesa jugak. toilet dia dah la hampeh...macam macam bau ada. kalau toilet kat RnR siap boley tido lagi kat situ.hahahhah. aku lupa la pulak nak snap gamba tempat makan kat situ. aku harap la pasnie kalau aku naik bas ekspress tak berhenti la kat luar RnR, nak berhenti rehat pon cari la tempat bagi orang ramai selesa, jangan nak pikir diri sendiri je.

Monday, June 6, 2011

Oh Result

haishhh...tak sabar sabar nak tunggu result keluar untuk sem 2 sidang 2010/2011...tangan didada dan mata keatas~

sidang pertama aku sebagai seorang mahasiswa USM. dekat pesbuk banyak jugakla status pasal result esok. ramai jugak la yang tak sabar sabar nak tau result diorang. aku kurang excited untuk tau result esok. sebelum keluar result rasmi, kami semua dah dapat result yang provisional...maksudnya result tau lulus or gagal untuk setiap subjek.

pasal result provisional tu...aku malas nak cita banyak-banyak. cuma Alhamdulillah ...semua lulus

bila time exam...result yang diinginkan hanyalah lulus semua subjek.hahahaha...x mo kena repeat!
bukan failed ja kena repeat...yang lulus bersyarat pon kena repeat paper tu balik... :'(
tak yah tipu tipu la budak2 sama kos ngan aku nie...mesti aim semua lulus kan...cuma bila dapat result provisional yang lulus semua nie yang berhajat bagi pointer naik...nak backup result sem1...aku pon berhajat jugak la nak bagi naik pointer...jangan turun sudah~


JANJI LULUS DAPAT GRAD TAK YAH BAYAR JPA BALIK SUDAH

yang bijak laksana bulan ja yang aim pointer tinggi tinggi...aku nie aim nak lulus ja.....(dalam hati teringin jugak nak merasa)
memang tak dak can la nak dapat pointer cam kat matrik dulu...banyak sebab dan musababnya kenapa tak dak can...memang berbeza suasana di matrik dan universiti...kenalah pandai menyesuaikan diri.
 
 kalau nak cek result rasmi nie boleh cek kat  campus online...mengikut sumber daripada pesbuk...result boleh di cek pukul 9 pagi nanti. yang tak sabar sabar sangat nak cek tu..tak yah tidoq.. refresh campus online tu sampai result keluaq.

Moga kita semua dapat result yang baik dan dipermudahkan dalam menuntut ilmu nie. Best of Luck buat semua kawan kawan...dah cek result tu bagi tau la kat aku.hahahhaha


peringatan untuk budak budak sama kos dengan aku...kita ada 3 sidang lagi, 6 kali exam lagi, Total graduating unit 143 unit... nie aku share subjek yang kita kena belajaq sidang depan... sila khatamkan notes yang hampa bawak balik tu sebelum sidang bermula(yang tak bawak balik tu...kita Enjoy! sebab aku pon tak dak notes sidang depan...kalau ada pon bukan nak baca).hahahha..


nie subjek TERAS untuk sidang kedua...

sidang kedua ada ELEKTIF pulakkkk....macam-macam ada~









bak kata ucop wilcha Sabor je la ~

bukan senang nak senang, bukan susah nak susah!

tak sabar nak tunggu bulan 9 nak masuk sidang kedua!.kah3

Monday, May 30, 2011

Alasan Mahasiswa Yang Sangkut Dalam Exam

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan page gmbar2 lwk dan video gempak . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.
Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!


 


Thursday, May 26, 2011

10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri

aku nak share tips mewujudkan keyakinan diri. aku nie memang kurang keyakinan diri sikit, itu memang kelemahan aku, aku nie asyik pikir apa orang kata kalau aku buat nie kalau aku buat tu. aku nie lebih suka jaga perasaan orang lain, tapi yang tak terjaga tu sowi lah. tak larat nak jaga banyak sangat perasaan. sekarang nie nak g mintak keje time cuti nie pon malu. adoiiii... sape yang nak cari keje boleh la cari aku. sesame lah kita apply tips nie. semoga berguna untuk kita semua......

Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.
Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.
Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya

Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;

01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.

03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.

04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!

05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.

06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

07. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!

08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan  gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.



sumber : Artikel@iluvislam

Wednesday, May 25, 2011

matriks selangor

ha...kali nie aku ada story baru, meh la baca, ari sabtu yang lepas aku g banting hantar adik aku masuk matriks, dia dapat kolej Matrikulasi Selangor. Matrik selangor nie matrik baru lagi. adik aku nie kira batch ke 2 la. facilities dia kat sana boleh kata semua baru coz belum dijahanamkan oleh student-student kat situ. jeles jugakla tengok tempat dia, bangunan cantik cantik, reka bentuk bilik sama je...semua segi empat. cuma beza ngan matrik aku dia punya tingkap.tingkap dia pesyen baru punya, tak reti aku nak sebut apa tingkap tu. tapi macam mana cantiknya matrik tu, Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) tetap di hati




Masa p hantaq adik aku nie, aku ternampak la "abang-abang" dengan "kakak-kakak" fasi yang tunggu depan pintu pagar. teringat la pulak zaman aku jadi fasi masa mppb kat kmk dulu. rindu zaman tu, kalau boleh nak je p bodek lecturer yang incharge Minggu Pengurusan Pelajar Baru (mppb) kat kmk tu bagi ex-faci nie leh join jadi faci. tak dapat elaun pon tak pe. janji dapat berkhidmat untuk kmk tersayang...perghh poyo gilerrr. sekarang bagi can la pulak kat student lepas merasa jadi faci. kesian aku tengok faci-faci yang jaga bahagian trafik, tengah tengah panas. tapi nak wat cam ne, diorang sendiri yang yang apply nak jadi faci. nasib baik aku dulu tak kena bahagian trafik. nak jaga bahagian trafik nie kena banyak bersabar dengan Tahan Maki. kena marah dengan parents tu perkara biasa ar, tapi aku tak pernah kena marah lagi ar. aku dulu incharge bahagian penginapan. Parents kalau boleh nak parking keta depan pintu pendaftaran dengan pintu bilik. kalau jauh cikit tak boleh. parents pon kena la consider yang datang tu bukan 20-30 orang. Nama hostel Capella dah macam planet mana ntah. ada bangunan yang nama dia andromeda. galaksi mana punya nama la diorang taruk.

waktu adik aku daftar pukul 2, so kami g awal dalam kol 1, yang peliknya jalan tak jem mungkin sebab dah petang. masa aku daftar dulu pagi, jalan punya la jem. budak budak matrik selangor nih guna sistem nombor giliran. ala macam kat bank tu. masa aku dulu beratur punya la panjang sebelum nak daftar. masa aku dulu dapat beg, baju, tie, cadar. time diorang sekarang nie dapat tie, baju dengan lab coat je. kerajaan nak kurangkan subsidi ar tu. kerajaan nak bagi dekat golongan yang lebih memerlukan macam slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. semua barang naik hahahhah....

sekarang nie matrik dah ubah sikit dia punya sistem. adik aku kena modul satu. So dia kena amik bio dengan fizik sekali. padan muka..time aku dulu nasib baik tak yah amik fizik-bio sekali. dah la bio, chem, math dah susah, la nie kena belajaq fizik sekali. nasib aku dah lepas matrik.




Hostel Capella


Rindu zaman masa jadi faci dulu. kat situ la aku kenal budak-budak akaun, fizik, bio yang sebelum nie aku tak kenal langsung. kalau aku tak jadi faci dulu mesti aku tak kenal 3-4 orang yang sekarang nie study sama sama dengan aku kat usm nie dan stay satu hostel dengan aku macam pak ucop, fawwaz, aswad. memang tak sia sia aku join jadi faci dulu. teringat masa mppb dulu...suh budak-budak tu buat ombak. macam macam jenis ombak la yang menjadi tradisi masa mppb nih. orientasi kat matrik tak se skema macam kat U. orientasi kat matrik banyak pakai t-shirt matrik yang dibekalkan. cuma ada la time time pakai formal. orientasi kat u banyak pakai formal, tapi time orientasi je la. habis orientasi tak payah pakai formal pon nak g kuliah, untuk yang kena pakai formal tu sabor ja la.

nak buat kenangan aku nak letak la jugak gambaq aku time jadi faci kat kmk dulu. matrik ada 3 kali intake, aku join jadi faci tuk 1st intake dengan intake Program Dua Tahun(PDT) ja. 

                                    

 masa 1st intake

masa PDT intake

nie video ombak kmk batch 10/11


Saturday, May 21, 2011

ubat oh ubat

Entri kali nie aku nak cite pasal 1 ubat nih
Aku nie memang tak suka makan ubat
Dari kecik lagi takot makan ubat
Pernah la sampai nangis nangis sebab nak kena makan ubat
Tapi tu masa kecik ar
Sekarang nie Alhamdulillah aku jarang sakit
So tak payah ar makan ubat

Aku nak cite pasal ubat yang mak aku amik
Penyakit biasa untuk orang berumur
Kencing manis, darah tinggi
Aku nak cite pasal satu ubat nie
Nama ubat nie Acetylsalicylic acid
300mg tablets

aku pon tak tau ubat nie untuk apa
sat aku google cari info pasal ubat nie
acetylsalicylic acid nih senang panggil aspirin (trade name dia)
 aspirin guna sebagai analgesic=painkiller
sumber En. Wiki

masalah ubat nie...
memang menyusahkan
ubat nie kena amik
¼ biji sekali makan dan 1 kali sehari
¼?????
Tak pasai pasai kena potong ubat nie
Kepada 4 bahagian
Tak ke menyusahkan...
la nie aku yang dok umah
so...
aku lah yang kena tolong potong
macam mana nak cakap ek
susahla nak potong bagi sama
kepada 4 bahagian
mesti banyak yang tak sama
sekejap kecik sekejap besar

En pharmacist...
Kenapa buat ubat menyusahkan orang
Bila potong tak sama
Mesti dose dia tak accurate
aku nak tergelak tengok bila aku potong ubat tu
Berbeza gila...
Kalau orang tua yang potong ubat tu
Konpom hancurrrr
Aku potong pon hampir-hampir hancurr
Senang cite memang susah ar nak potong ubat yang dah kecik nak bagi kecik lagi
Bukan 1 jenis ubat nie yang nak kena potong
Ada lagi ubat yang kena potong memotong
tak kan tak dak cara lain nak bagi senang amik ubat nie???
Tak payah potong-potong....
Bagi senang patients nak amik....

nak letak gambo ubat yang aku potong tu malu la pulak.hahahhahha


p/s : nak g banting... :)



Sunday, May 15, 2011

kem kaki bukit

kem nie adalah kem persediaan untuk Pembantu Program Siswa Lestari(PPSL) fasa satu 
atau bahasa mudahnya fasi untuk minggu orientasi.
kem nie lebih kurang macam pimpin siswa jugak
cuma ada la aktiviti indoor dengan outdoor
kem yang aku p nie 4 ari 3 malam
dekat kem bina negara, kaki bukit, perlis
kem nie menggabungkan pelajar dari 3 kampus USM iaitu Induk, Kejut, dengan Kesihatan


entri kali nie aku nak berkongsi pengalaman aku kat sana
kem nie leh kira cam kursus Biro Tatanegara(BTN)
memang terganas!terbaik!terganas!terbaik ar kem nie


untuk ke kem nie, kami semua kena panjat gua kelam sebab gua kelam tak ley masuk.
panjat gua kelam tu ada la dalam 20-30 minit
penat jugaklah naik gua kelam nie
tapi puas jugaklah, aku nie lebih suka aktiviti outdoor dari ldk indoor yang membosankan

hiking gua kelam

hari pertama kami kat sana dah kena dengar ceramah dah malam tu
haishh....nie yang malas nak join kem
asyik nak kena dengar ceramah je
ceramah malam tu tajuk dia 1Malaysia
wahhh...dah nama pon kem BTN
kena la dengar mau tak mau
kesimpulannya, ceramah nie menyedarkan aku 
betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
nama penceramah aku tak ingat dato' mana ntah...

hari kedua dimulakan seawal subuh, dengan tazkirah subuhnya
pastu ada kawad pulak!!!
aku dah boring kawad nie
dah la masa matrik kena Ko-K kawad
tapi kawad kali simple simple je
lepas breakfast...
bermulalah aktiviti indoor@ldk
bosannnnnn...
ak nie memang malu nak bercakap...
tapi nak cari pengalaman punya pasal
hentam sajalah...
aku nie dah la kurang pasal pengetahuan am
topik yang dibincangkan dalam kebanyakkan ldk adalah topik serius
bila dah lama sangat dok berbincang, berdebat
mulalah rasa mengantokkkk
mulalah tak leh nak fokussss
kumpulan lain aku dengar siap boleh gelak gelak
kumpulan kami serius je...
tapi banyak jugaklah info berguna
terutamanya pasal universiti
memang respect kumpulan aku
sebab diorang ada yang banyak pengetahuan am



hari ketiga kem
ada permainan ldk yang dibuat oleh
jurulatih dan jugak fasi-fasi
enjoy jugaklah game game tu
leh release tension
lepas breakfast...aktiviti ldk lagi
sebelum makan tengahari
dapat tugasan kumpulan pulak...
kena buat akademi pengatin
gabung 2 kumpulan
petang tu kena present akademi pengatin
group aku boley ar
nasib semua berjalan dengan lancar... 
dah la tak cukup masa yang prepare
tugasan diberi 12.30pm...1pm makan...2.15 presentation

petang tu...bermulalah aktiviti outdoor
aktiviti yang aku tunggu tunggu
trekking@masuk hutan
sebelum tu..
kami dibekalkan barangan askar
macam 3 beg, lilin, fire starter, bekas makanan, botol air...
senang cite yang askar guna untuk masuk hutan...
jalan masuk hutan tu penat jugaklah..
berapa jam jalan dah tak ingat...
kat camp site...
kami kena pasang kemah + masak
masakan ala tentera...makan telur + sardin..
masa dalam hutan tu tak kesah sangat pon makan apa...
apa yang ada semua bedal
yang bezz, makan ramai ramai sekumpulan...

lepas sesi bersama fesi dalam kol 12am
diorang cakap tak de aktiviti dah
so semua leh masuk tidur
khemah tu memang tak muat untuk semua
so kenalah gilir gilir
aku memang tak rasa ngantok ag time tu
so aku dengan 2 orang lagi membe sekumpulan
 lepak lepak...
sembang hal dunia(overrr)
 dalam kol 1.30
semua kena bangun kemas balik khemah
kena jalan tuk balik ke kem(ala..taktik pimpin siswa)
masa ondeway balik kem...
hujan la pulak
habis basah baju
sampai kem ingtkan boleh tidur
alih alih kena masuk pulak dalam kolam lumpur
habis bau satu badan
terpaksa g bilas ngan air bersih pastu
lama lepas tu baru kami dilepaskan ke dorm masing2
 sebelum tu kami dibiarkan kesejukkan 2-3 jam jugaklah
 menggigil tahap dewa dah
 terima kasih kepada ketua fasi yang consider dengan keadaan kami
sebab kalau tak pagi tu ada aktiviti lagi dan kami tak dibenarkan tukar baju pon

sebelum penutup ada sesi bersama TNC pastu upacara penyampaian hadiah

aku kumpulan 13..
ada 14 orang ahli
7 lelaki dan 7 perempuan
kumpulan aku memang sporting, lawak
bezz dapat kawan korang semua
tak boring sekumpulan dengan korang
semoga pekenalan kita tak terhenti selepas tamat kem
walaupun berbeza kampus
kalau jumpa kat luar nanti tegur tegurlah
terima kasih kerana menjadi kawan baru aku
edy, hakim, kumar, bang ming, zul, oii
nur, farha, mysara, shima, tyrah, shafi, ida

sikit cite untuk fesi
fesi kumpulan aku ada 2 orang
abg hazim dengan kak nur
kak nur nie bekas dak farmasi
grad tahun 2009 kot
terkejut jugak ak tengok ada dak farmasi
masa kem ada 2 orang budak farmasi
aku dengan revathy
dia cite dia aktif jugaklah aktiviti universiti
tapi kurang aktif aktiviti skol
rasanya kak nur nie mpp
dia jugar pernah dapat dekan masa belajar dulu
kak nur ada cakap....kalau join banyak aktiviti luar tak semestinya pointer akan jatuh
hebat gila kak nur nie
sekarang keja bahagian enforcement kot kat bukit aman

akhir sekali...keseluruhan kem yang menarik, banyak pengalaman baru yang aku dapat, banyak info pasal usm yang sebelum nie aku tak kesah pon, kawan baru dari kampus induk, kejut dan kesihatan,


kanak kanak riang


 model harapan

 group 13 + kak nur


1 Malaysia

 kumpulan 13 terbaik dari ladang!

 penghulu terkemaih

sempat lagi snap gamba