Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Saturday, May 7, 2011

SHE101 : Bbq Soley Soley~

minggu terakhir terbaek dekat usm. Kalau tak kerana "she" kami semua dapat la cuti awal lagi. kali nie nak story cara kami study paper she, memang boleyy jadi pelajar contoh ar pasnie. 2 hari sebelum exam she, dipenuhi dengan aktiviti yang menarik sebagai persediaan untuk menghadapi "killer paper" nie. 4 aribulan 5 2011 jam 8 malam telah berlangsungnya projek mega permif10/11 iaitu Bbq Soley Soley~. Soley Soley adalah trademark pengarah projek nie.

tahniah diucapkan kepada  pengarah projek  ~Bbq Soley Soley yang memang stail gila. Rajin btol dia nie arrange benda benda nie. dia jugak dibantu oleh beberapa "tukang kipas" yang bersusah payah bagi benda nie jalan dengan lancar. kerjasama anda semua, buat bbq nie lagi meriah. kalau tak mesti senyap je bbq kalau tak de "mulut longkang" macam korang. memang gempak geng2 farmasi yang sporting bikin kecoh bbq malam tu. penat memang tak terasa, asyik dok gelak sakan je.

makanan malam tu memang terbaik, kenyang gilerrrr. cuma pada mulanya nak "pelekat" api kat arang bukannya senang. nasib baiklah setelah hampir setengah jam berjaya jugak hidup api nie. kalau tak, tak terbakar la ayam tu. kita makan mentah mentah je la. makanan lain nasi goreng, sosej, coleslaw, jagung. Jagung nie special cikit dapat resipi turun temurun dari perlis dan diberi nama jagung perlis. Jagung yang "diperap" dengan santan hasil sentuhan joe memang terasa santan tu, Sedap berkrim disukai ramai. Banyak lagi makanan lain sampai aku sendiri pon tak terasa semua. kekenyangan tahap maksima dah nie. nasib baik makanan cukup untuk semua. tapi sayangnya banyak makanan yang tak habis, membazir je makanan yang tak habis dan yang dibuang. nak makan pon memang tak boleh nak masuk peut dah. bbq yang start lepas maghrib habis dekat pukul 11.30. penat! penat! penat!

Ingatkan dah habis bbq soley soley~ nie dapat la rehat nak tidoq, esok nak bangun awal "study she". sempat lagi p main futsal kt gembira. main dalam keadaan penat yang amat sangat. tapi tetap tak puas main sebab main kejap je. kami g main lambat jugak la dalam kol 12 lebey. diorang tempah kol 11pm-1am. kami sempat main dalam setengah jam je. budak budak skol math yang ajak, main dengan senior diorang. kami tumpang sekaki. dah la p lambat kena bayar harga sama lak, rugi-rugi...rm11 seorang. futsal gembira nie memang mahal sikit, tapi bez la main kat situ.

Akhir sekali....bbq soley soley~ akan tetap menjadi kenangan kita bersama. walaupun kita semua baru kenal 1 sidang, tapi rasa macam dah lama kenal, walaupun tak semua yang aku betul betul kenal. At least, kita semua boleh bagi kerjasama yang baik antara satu sama lain. harap ukhwah yang terjalin nie tak terhenti di sini. InsyaAllah, kita ada 3 sidang lagi kat usm nie. lepas nie boleh la kita plan nak buat apa pulak. tak la orang kata budak farmasi nie asyik study! study! study!. cuti 4 bulan nie mesti rindu kat korang semua.


 depan kamera semua rajin


 macam macam ada


geng kecoh


 bila nak masak daa


 jagung perlis & ayam bakorr


model ubat

0 komen:

Post a Comment