Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Saturday, April 2, 2011

Program Jalinan Mesra

Program Jalinan Mesra


Khamis 31/3/2011 merupakan hari yang agak memenatkan penuh dengan suka duka. Walaupun penat tapi memang bezzz seharian bersama rakan-rakan mpd dan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kampung Selamat atau pun dipanggil dengan nama komersialnya Safe Village. Nama program nie adalah Program Jalinan Mesra yang dianjurkan oleh MPD Fajar Harapan dengan kerjasama cikgu-cikgu sekolah tu. Gerak kerja untuk program nie memang agak lambat sikit. Macam-macam masalah yang timbul macam susah untuk membuat tempahan dewan kuliah dan kertas kerja yang lambat diluluskan(lulus ke x???). Nak nego dengan sekolah-sekolah kt usm pon agak susah, lagipon sebab surat yang dihantar pon agak lewat. Yang menjadi masalah bila staf yg nak kena nego tu pulak cuti(HBP) dan skolah TI memang busy(skul lain x de keje nak wat)...Nego dengan pihak muzium memang bezz, senang je...x demand sangat(tapi ada udang de sebalik mee jugakk muzium ni).  

semangat menunggu ketibaan pelajar-pelajar smk kg selamat

Aktiviti pertama selepas sarapan adalah ice breaking yang di conduct oleh rakan-rakan mpd. Antara permainan dalam ice breaking adalah seman kata dan cuci dek. Para pelajar agak excited sebab tak pernah main. LDK pertama adalah aktiviti berkumpulan iaitu “kemana wang biasisawa dibelanjakan”(sebab budak-budak nie dapat biasiswa kt skolah). Budak-budak nie form 2,3 dan form 4. Ada yang pasif dan ada yang aktif. Budak-budak skolah yang datang nie jugak majoriti perempuan(dimanakah pelajar-pelajar lelaki yang lain???). Ada group yang buat simple-simple je, ada yang penuh berseni ketas majung tu. Mentang-mentang faci group dak seni.




Bila tengah seronok enjoy program nie, tengok jam dah dekat 11.30am.Hmm...masalah baru akan timbul! Ada Dosage Practical pulak. Nak study pagi, tak masuk dalam kepala hotak pulak, enjoy tengok budak budak tu,  Malam sebelum tu pulak ada meeting. So, redha je la. Masa dekat bilik kuarantin(siap kena kuarantin) suma sibuk bincang pasal nak buat ubat nie. Macam mana nak buat mixtures, suspension, emulsion, suppository, capsules dan macam-macam lagi(pening-pening). Lama jugak ar tunggu dalam bilik kuarantin tu sampai dah bosan menunggu. Dalam jadual masuk pukul 12, tapi 1.30pm bru dapat masuk. Tempoh yang diberi sejam setengah untuk buat 2 preparations. Bila dikenang memang tension gle dalam lab tu. First prescription  suspension menatang pe ntah. Dah r tak penah dengar, tengok ingredient dlm BPC(British Pharmaceutical Codec) pon tak faham. Yang paling tension total  volume tok preparation nie x tau. Pe lagi usha membe-membe kat tepi dengan belakang. Nasib baik nampak dalam ketas prescription dia tulis 200mL. Aku yang tak faham pape dan blurr buat je 200 mL. Tok 2nd preparation kena wat cream(aku g tulis ointment). Yang senang sikit sebab ingredient dia dah bagi Cuma kena calculate volume yang diperlukan. Kesimpulan untuk Dosage Practical nie, memang menakutkan, sure markah rendah gle. Macam mana lah nanti exam practical dosage, nie baru test dah susah cam tuttttt....


Rasa sekejap je sejam setengah. Habis lab dalam kol 3, rushing balik blk(mengerjakan apa yang patut). Tiba-tiba dapat kol yang kata budak-budak nie on de way nak g muzium dah. Muzium adalah tempat terakhir lawatan mereka. Nasib baik ar sorang dak farmasi kat fajar harapan nie bagi pinjam dia punya moto. Apa ag merempit ar ke muzium. Sampai muzium jumpa dia punya peg, set up tempat tok penutup(buat kat muzium gak). Hmm...budak-budak nie mengikut perancangan lepas aktiviti dekat dewan kuliah yang habis dalam pkol 12 akan pegi ke melawat library. Siap melawat library baru ag, aku pon tak pernah sampai ag kat sana. Ramai yang kata library baru memang cantik. Lepas library budak2 nie p masjid semayang then ke skol seni untuk melawat dan makan kat situ. Aku tak sempat tok follow diorang waktu tu sebab busy “berperang”. Penutup berjalan dengan lancar.


Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua MPDFH yang membantu melancarkan program nie. Harap hubungan kekeluargaan MPDFH akan terus kekal.


semoga hubungan mesra ini berkekalan


p/s : malam tu sempat p men boling lagi.huhuhuh 

2 komen:

huhuhuh adui... dia dah cerita ubat2tan dalam ni... hahahha..... kumpulan seni 2 kumpulan opiey (bangga gila)............. hahahha
 
dah agak dah....yg pasal ubat tu...bru cikit...tunggu nanti banyak ag.hehehhe
 

Post a Comment