Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Tuesday, April 12, 2011

Kenangan Terindah

Pejam celik pejam celik dah nak habis satu sidang aku dekat usm. Macam-macam benda baru yang aku dapat kat sini. Kalau nak compare antara kehidupan matrik dengan kehidupan di universiti, aku lebih prefer hidup di matriks walaupun matrik pon susah. Masa matrik kita hanya fokus pada study. So, sape2 yang main-main masa dekat matrik rugilah. Masa matriklah baru aku percaya yang "Usaha Tangga Kejayaan". Kalau kita tak usaha kejayaan tu tak akan datang bergolek. Kat sini aku nampak siapa yang usaha dia yang dapat tak kiralah dia pandai atau tak...yang penting usaha.

Dekat matrik juga lecturer lebih prihatin dan kita senang nak communicate dengan diorang berbanding dengan lecturer dekat universiti yang sibuk dengan research(skol farmasi). Selalu la jugak pegi jumpa lecturer masa kat matrik kalau tak faham something. Lecturer kat matrik lebih rapat dengan kita berbanding dengan universiti. Kalau dekat universiti nak jumpa bukan senang kena buat appointmentlah(tapi aku sendiri tak pernah usaha nak g jumpa diorang). Study dekat universiti nie kena pandai bawak diri. Tak ada sape yang nak larang kita.

Masa matrik dulu join cikit2 je program kat sana. Tapi masa kat universiti banyak program yang kita boleh join. Cuma nak tak nak je. Kadang-kadang jeles jugak dengan kawan-kawan dari kos lain. Bila tengok jadual diorang macam...(tak tahu macam mana nak describe). Boleh kata sehari satu kelas dan ada hari yang tak ada kelas. Memang enjoy ar hidup dekat universiti kalau macam nih. Aku punya jadual dari pagi sampai ke petang. sibuk dengan kelas lah... lab sampai 2-3. Nie baru masuk 2nd sem...ada lagi 6 sem pasnie. hope dapat menghabiskan degree nie dalam masa 4 tahun. 

Setelah join mpdfh, aku banyak terlibat dengan program yang dianjurkan. Dari situ banyak pengalaman baru yang aku dapat. Kalau tak sebelum nie asyik terperap dalam bilik je. Selain pengalaman, banyak kenangan terindah yang tak akan aku lupakan. Banyak kawan-kawan baru yang aku dapat terutama dari kos-kos lain. Sebenarnya aku susah nak berkawan dengan orang sebab aku tak pandai nak bercakap + pemalu. Aku join mpdfh adalah untuk meningkat kemahiran soft skills aku sebab aku memang lemah terutama dalam komunikasi dengan orang. Hanya orang yang betul-betul kenal aku je tau aku nie pemalu.

Program terakhir mpdfh yang aku join untuk sidang 10/11 adalah dinner. Memang dinner terbaik dan terpanjang yang aku pernah pegi. Dari pagi sampai ke malam, orang lain sibuk study(study week dah) aku boleh seharian enjoy. Aku harap sangat kita semua masih boleh bertegur sapa lagi pasnie walaupun tak jadi mpd untuk sidang depan. Jangan bermasam muka pasnie suda~. Rugi sapa yang tak join dinner nie, nie la dinner terakhir untuk mpdfh sidang 10/11. Akhir sekali mpdfh sidang 10/11 akan menjadi kenangan terindah bagi aku. Terima kasih kepada semua ahli mpd yang jadi kawan aku....

kalau aku pernah membuat salah dengan sapa-sapa mintak dimaafkan.

Best Of Luck untuk final nie...Doakan Kejayaan Kita Bersama


p/s : Jangan dikejar yang tak dapat, yang dikendong berciciran

0 komen:

Post a Comment