Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Friday, May 3, 2013

1st Time Nak Mengundi

Bismilllahirrahminirrahim,




Eh, aku ada blog rupanya. dah berbulan-bulan tak menjenguk siap bersawang sana sini. tapi kenapa hari nie tiba-tiba ja bukak balik pastu terus buat entri. saja rindu nak menulis dan tak dak keja lain nak buat. keja bukannya tak dak, tapi malas. itulah antara cabaran aku tiap-tiap hari, nak melawan sifat pemalas yang dah ada sejak azali lagi. 

Sekarang nie musim PRU 13. Jadi, ramai yang tengah dalam 'excited state' berkempen tak kira subuh, zuhur, asar, maghrib, isya sekali pon. wakil rakyat sekarang tak payah susah-susah nak p rumah orang kot2 la takut kena baling teluq ka, kena halau ka. la nie, boleh kempen kat laman sosial free tak payah bayar. tapi yang guna pendekatan 'advertisement' nie berbayar la. semak perut tengok banyak sangat poster2, iklan, post berkaitan politik nih. semua mesti tunjuk betapa baiknya depa dan betapa jahatnya pihak lawan. tapi itulah asam garam politik, takkan nak tunjuk kelemahan diri sendiri. mesti la nak kena tunjuk yang kita nie baik, sopan santun, tak pernah buat jahat pon.

Lagi dekat nak mengundi, semakin aktif la yang dok share macam-macam kat facebook, twitter, instagram, blog, we chat, whatsapp, tumblr, dan segala jenis laman sosial yang ada. dulu aku memang amik tau la jugak, baca isu-isu yang berbangkit. tapi sekarang nih aku dah malas. bukan apa, bila sesuatu isu timbul mesti yang ada yang akan 'spin' cerita tu. belah mana yang terer spin cerita dia la yang menang. sampai kita yang baca pon boleh nak pening dengan hujah-hujah depa. yang betul boleh jadi salah, yang salah boleh di 'betul'kan. sapa yang share benda-benda yang belum tentu sahih nie memang berani la. takut, kalau kita salah.. boleh jatuh fitnah pulak nanti.

cara pemikiran, persepsi akan main peranan dalam pilihan kita. setiap orang ada pandangan/pendapat masing-masing. cuma bagi aku, kalau kita mempunyai perbezaan pendapat. berilah hujah dengan cara yang baik bukan dengan caci maki, 'sarcastic' sebab 'sarcastic' nie buat orang bertambah sakit hati bukan menerima apa yang kita sampaikan tapi confirm akan tolak terus. cara pendekatan yang kita guna lebih penting daripada apa yang kita nak sampaikan.

media merupakan medium utama yang digunakan dalam menyampaikan berita/info kepada masyarakat. media nie bukan terhad dekat tv saja. media alternatif macam blog, facebook lebih menjadi tumpuan semua orang sebab maklumat boleh diterima dengan lebih pantas dan mudah. tapi, bukan semua berita yang kita dapat nie boleh terima bulat-bulat sebab bukan semua berita yang kita dapat tu betul.

PRU 13 nie merupakan pengalaman pertama untuk aku mengundi. 5 tahun dulu, aku ingat dah tak sempat nak mengundi sebab mengikut perkiraan aku dulu pru13 sepatutnya buat sebelum aku cukup 21. sekarang nie umur dah 21 tahun 11 bulan 43 hari. masih muda.haha... tempat aku nie boleh kata parti kat tempat aku nie sama-sama kuat la. taman nie bulan, taman tu kati. pilihan sudah dibuat dan undi adalah rahsia :)

aku dah printscreen daripada web spr bukti aku dah boleh mengundi. harap tak ada la yang kata aku nie pengundi hantu mahupun pengundi import.haha

Sekolah seri kerian nie dulu sekolah rendah yang mula-mula masuk. tak sampai sebulan kot aku sekolah kat sini setelah berlaku satu 'kejadian'. jeng jeng jeng.. masa tu darjah satu, tak boleh fikir secara rasional lagi.kehkehkeh... kalau tak, baik aku stay ja kat sekolah tu. tapi banyak hikmah aku pindah sekolah. at least aku ada kawan kat belah perak dan kedah. sayangnya aku tak dapat nak ingat sangat kenangan-kenangan masa sekolah rendah dulu. mungkin sebab masa sekolah memang aku nie looser gila kot.haha

sapa pon yang menang, jalankanlah amanah yang diberi dengan baik dan bertanggungjawab. bukan masa berkempen ja turun padang, lepas menang terus 'hilang'.. sibuk dengan mesyuarat katanya. Aku harap hubungan antara kawan-kawan tak terputus hanya disebabkan perbezaan fahaman politik. masing-masing ada hak memilih.. hak anda, hak saya... hormat antara satu sama lain kena ada sebab kita hidup bermasyarakat. mungkin kita perlu pertolongan kawan yang kita dah putuskan hubungan, sapa tau. bila mati nanti bukan kita sendiri yang nak mandi, sembahyang, tanam dan bagi talkin.




p/s: buang masa main candy crush lagi bagus pada tambah dosa sebar berita yang salah/fitnah










0 komen:

Post a Comment