dah berbulan-bulan aku tak update blog nie. hari nie rasa nak buat satu entry baru la pulak tapi tak tau nak tulis apa. hari nie dah 11 disember 2011, 24 disember dah start study week dan 4 Januari 2012 bermulalah peperiksaan akhir semester 1 untuk sidang 2011/2012. Sidang kali nie memang agak pendek dan jadual paling packed aku rasa.
Busy, busy, busy. nie la ayat yang selalu ada dalam kepala. satu lagi malas! nak cite bab malas nie sampai esok pagi tak habis. kerja yang ada dok tangguh-tangguh, asyik pikir nak tidur ja. hmm... susah la nak buat sesuatu bila tak dak semangat. mana p semangat aku dulu?. seriously tak sabar nak habis SIDANG nie. Sidang yang paling mentensionkan aku. Tapi, nak buat macam mana, hidup mesti diteruskan. kan best kalau boleh buat tak tau ja. *sigh ...
mulut tak habis-habis dok sebut exam nak dekat....exam nak dekat. tapi buku MALAS nak bukak. apa nak jadi la ngan aku nie. kalau tak study boleh jawab exam tak pe la. Nie, kalau tak study konpom-konpom la kantoi result aku nanti. jangan la asyik dok ikut orang sangat. orang malas study, aku malas study. bila orang ajak kuar berjimba-jimba(ayat baru belajar) laju ja ikut. Ingat pesan mak, Belajaq rajin-rajin! bukan p dok main-main.
pasnie plan nak tidoq, nasib baik tadi dok ajak-ajak manja nak p men boling tak jadi. Kalau dak memang buat masa, buang duit la. dah la duit yang ada untuk sem nie pon dah nyawa-nyawa ikan. Harap-harap cukup la sampai habis sem nie. Duit dah tak banyak pon susah nak berjimat. pantang ja ada masa, mesti nak kuaq, makan McD, kfc. makan macam-macam, tapi tak naik pon berat aku nie. Orang lain dilema nak turun berat, aku dilema berat tak naik-naik. tinggi sangat ka metabolisma badan sampai makanan tak sempat tukaq jadi lemak. Nak amik protein mahal sangat, kawan aku yang amik protein nie pon tak nampak effect sangat. takkan la sebab tak makan sayur ja, berat tak naik -.-
start esok aku ada banyak presentation, test dan macam-macam lagi, dah la ada silibus yang tak habis lagi. Esok ada amali dosage, aku group C kena p pukul 11.30pagi. Mesti lama kena tunggu lama macam tahun lepas. pukul 2 lebih baru habis. Harap-harap 2 preparations kali nie senang la. petang isnin, kami plan nak siapkan assignment video antimicrobe. punya la lama video nie nak dalam 10 mint, aku pon tak tau nak letak apa ag dalam video nie. selasa pulak ada oral presentation untuk LMT100. dah la aku memang fail bila cakap depan orang ramai, tambah-tambah english. aku ingat lagi masa matrik dulu, ada oral presentation buat kat library untuk praktikum aku. sampai turn aku, aku senyap kaku ja kat depan tu tak tau nak cakap apa, memang tak terkeluar satu patah ayat pon masa tu, last-last lecturer suruh duduk ja. habis berpeluh satu badan. aku memang lemah bab-bab komunikasi + lack of confident, tapi aku berusaha untuk membaiki kelemahan aku nie. aku harap sangat aku dapat overcome masalah aku satu hari nanti.
hari rabu pagi mesti ada sambungan oral presentation english nie, aku tak pasti pulak sama ada aku kena hari selasa or rabu, aku dapat turn no 12 daripada 25 orang kot dalam kelas kami. Rabu petang ada presentation management, mungkin kali nie aku kena present sebab masa case study presentation aku tak bentang. setakat nie John(group leader aku punya management) tak cakap ag bila nak buat meeting, So, just tunggu dan lihat, aku malas nak pikir banyak.
untuk kelas pulak, aku tinggal 2-3 kelas ag je, kelas ngan dean, dr zalina lagi 2/3 jam, prof zahri lagis sejam. So, minggu nie dah boleh habis semua subjek untuk sem nie. mampus aku nak cover semua dalm 1-2 minggu. selagi tak setel semua kelas, assignments, selagi tu la tak study aku rasa.
aku sangat berharap semuanya bakal berjalan dengan lancar, harap tak dak masalah yang perlu aku pening-pening nak pikir. kenapa aku malas sangat berpikir, tak kan la semua nak harap kat orang kot.
Sunday, December 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment