Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Thursday, December 22, 2011

Aku dan Final exam

Kehangatan final exam semakin terasa, 13 hari lagi sebelum bermulanya paper pertama aku untuk semester nie. Tapi untuk exam kali nie aku bermula bukan menjawab di atas kertas atau teori, sebab kali nie exam aku bermula dengan praktikal atau subjek FAR222- Dosage form 2. aku memang agak trauma dengan subjek nie. Ini semua gara-gara adik subjek FAR222 iaitu FAR221 yang meng'kantoi'kan aku semester lepas. Dah la teori susah, amali pon bukannya senang, walaupun buat ubat dimana tiap2 minggu sebelum nie aku kena practice untuk buat ubat(praktikal). Nak buat macam mana, dah nama pon exam, mesti la cuak nak buat benda tu walaupun simple. Aku harap peristiwa dosage semester lepas tak berulang untuk semester nie. Amali dosage nie buat dekat J13 makmal dispensing School of Pharmaceutical Sciences. Banyak senior cakap dosage kali nie lebih mudah daripada yang sebelum nie. Tapi, bila masuk belajar teori dan buat kuiz, aku rasa subjek nie tak la semudah yang orang cakap. Tapi tak kan la semua benda nak mudah, kejayaan tak akan datang tanpa usaha.

Esok aku ada kuiz physic pharm dan semalam kuiz antimicrobe, Sabaq je la jawab soalan antimicrobe tu. Dalam banyak-banyak soalan yang aku jawab semalam, satu pon aku tak yakin dengan jawab yang aku bagi walau soalan dia hanyalah objektif, true/false dan isi tempat kosong. Nota punya la tebal, memang boleh mati kalau nak hafal. dah la ada lecturer yang tak bagi nota. time2 nie la dok phototostat nota drpd kawan2 yang rajin salin nota. Aku risau ada part yang ter 'miss'. tengok2 soalan tu pulak keluaq dalam exam. memang terbaikk ar. Dekan pesan jangan hafal tapi faham, MASALAHnya ada yang tak faham boleh ingat, ada yang faham tak ingat, dan yang paling bagus tak faham dan tak ingat. mesti ada ja tiba soalan tu aku sendiri confius sama ada aku belajar benda nie ke tak. So, macam mana nak score dalam final?... Masa matrik dulu ingat matrik la paling susah, jadual paling padat. menyumpah tak mo masuk matrik balik. Tapi sekarang aku rela masuk matrik belajar 3-4 subjek, jadual padat, tak leh outing selalu lagi bagus drpd masuk U yang bebas!

Paper lain yang aku kena amik semester nie LMT100, FAR241-Antimicrobe, FAR222-Dosage Form 2(teori), FEL272- Management, FAR221-Physical Pharm, FAR212- Med Chem, dan last paper FAR211-Biochem. Seperti setiap semester, jadual exam pon padat macam jadual kuliah . Setiap hari ada satu paper, memang boleh menyebabkan tachycardia dengan jadual macam nih. dah la silibus semester nie habis lambat, jeles tengok budak 1st year yang habis silibus 3 minggu sebelum study week. Untunglaaaa... kami yang habis 2 minggu awal pon masih sibuk dengan macam2 presentation, kuiz. memang time seminggu study week la nak pulun  study betul2. Bukan setakat silibus habis lambat, coursework pon berlambak FAR212 dengan VIVA + report, FAR241 dengan Video + report, FEL272 dengan case studies + research. memang pening!...tapi Alhamdulillah semua tu dah setel. Aku bukan nak merungut kerja banyak. tapi sekadar untuk meluahkan apa yang aku rasa. Berakhirnya Kuiz physic pharm esok menandakan bermulalah study week aku yang official!...

Start study week, no more boling, wayang, futsal dan etc. Harap2 berjayalah, jangan ada makhluk Allah yang mengoda aku p men futsal, boling bla bla bla... aku pantang bab2 kena ajak kearah yang lagha2 nih. Laju ja ikut, tapi bila bab study, slow macam siput. Semoga berjaya kepada semua kawan2 yang bakal menghadapi final exam. Jom struggle habis-habisan untuk perbaiki CGPA! sapa kata pointer tak penting, meh jumpak aku!HAHA... Akhir kata JOM STUDY!










p/s:: tak mau Syok Sendiri!!! >.<

0 komen:

Post a Comment