Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Thursday, July 7, 2011

tengok wayang


Alhamdulillah lepas jugak test jpj, tak payah la amik 2-3 kali. cuak jugak la tunggu nak test. dah la tester jpj tu garang semacam ja. tapi kalau peramah sangat orang marah pulak ganggu time tengah test. untuk test jpj nie aku dapat 17 untuk lepas kena dapat at least 16/20. sape yang tak amik lesen ag tu baik bersedia fizikal dan mental. masa nak test tu mental yang penting. kalau gelabah sangat ape pon tak boleh.

Isnin aritu aku kuar ngan member2 sekolah lama gemok, bale, ngan wafiy. tiba2 pulak aku leh join p tengok wayang dekat tgv cinemas jusco perda. jarang la aku keluar tengok wayang, sebab dekat area umah aku dulu ada la panggung wayang tapi sekarang dah tutup. so jauh sikit la kalau nak keluar tengok wayang. mula2 cam malas ja nak keluar tapi sebab cam excited ja nak tengok transformers 3 : dark of the moon nie aku pon ikut la. lagipon lama dah tak lepak2 dengan depa nie. sebab tak mau menghampakan harapan kawan2, aku ikutla.hahahahha....seronoknya cuti sampai bulan 9, jangan jeles budak2 yang tak cuti, selamat kembali belajar oiii...sorang balik ipoh, sorang balik ganu, sorang nie ja tak reti2 nak merantau tempat lain. sayang sangat dekat penang dia. "aku tak bersedia ag la"...jangan marah gemok.... hampa bukan tak tau, aku bukan jenis selalu keluar merayau tak dak keja. dah la aritu keluar bershisha. macam2 hampa try, bukan shisha tu haram ka???aku ingat hampa dah bershisha.temberang aku.....

perghh...harga tuk 3rd bapak punya mahal rm17 hinggit. dah la hinggit time tu tak banyak, jpa pon tak masok time cuti2 nih. klu tak amik yang 3rd kena tunggu lagi 45 minit. so aku pikir balik awal punya pasal, setujulah tengok 3rd. seat yang dekat belakang2 banyak yang penuh. tinggal lah yang dekat depan. tapi tak la depan sangat. tapi yang jual tiket tu cakap kalau 3rd elok duk kat depan sebab efek 3rd tu lebih nampak. aku nie bukan selalu tengok wayang, kalau dia kencing, kena kencinglah aku. rasanya nie 1st 3rd filem yang aku tengok kat panggung(kantoi sudah).  sakit kepala jugak la sebab kena dongak(perghh...bahasa baku)... dah la pki spec 3rd tu tak selesa sangat.

cita dia memang best, cita2 transformers sebelum nih aku download ja, tak tengok kat panggung pon. kali nie ja, puas hati jugak la filem durasi 157 minit nie. timbul persoalan...kenapa filem luar cita lama2 tak boring, kalau filem malaysia lama mesti boring. sebab tu kot filem malaysia tak buat lama2, selalunya 1 jam setengah. rasa jugak la efek 3rd tu. memang mantap la cita dia. kalau filem malaysia macam nie.perghhh...memang best la.




0 komen:

Post a Comment