dah 5 kali latihan memandu, esok aku akan ditest oleh jpj. sebulan aku kena tunggu untuk ditest oleh jpj nih sebab undang2 dia lepas sebulan baru boleh ditest jpj. Sebelum nie aku memang tak de pengalaman langsung dalam memandu nih. so kenalah buat latihan selama 10 jam sebelum ditest. ramai kawan2 aku semua dah ada lesen keta, aku ja belum ada lagi. So, cuti nie aku pon amik la lesen. nanti senang nak rembat keta sape2.hahahaha... tempat latihan memandu aku nie nama dia akademi memandu berjaya dekat simpang empat, penang.
aku nak cita sikit la kisah aku belajar memandu nih. orang lain semua dapat satu cikgu ja yang ajar memandu. tapi aku sampai 3 orang yang ajar. 1st cikgu ajar aku nie nama dia uncle meng. uncle meng nie ok la, tak garang. dia nie suka puji diri dia sendri..."wa tau ma...wa ajar baguih punya".hahahaha...dia la yang ajar aku mula2 bawak keta. aku sebelum nih mana penah bawak keta. setakat bumper car or keta sorong tu penah la. 2 kali uncle meng nie ajar aku. dia nie memang banyak pengalaman ajar orang bawak keta. yang penting dia siap puji aku pandai buat parking. sekali dua ja dia ajar dah tahu. dia cakap parking la susah, ramai orang sangkut dekat situ. uncle meng nie ajar aku luar kawasan sekolah memandu.
lepas 2 kali belajar dengan uncle meng, aku kena belajar dengan en said pulak. nie kerani tempat aku amik lesen ar yang arrange. en said nie pon ok, dia ajar aku 2 kali jugak. dia ajar aku untuk dalam kawasan sekolah memandu dengan jalan untuk ditest. cikgu ke3 nie time ari terakhir aku belajar memandu semalam sebab en said nie cuti ari sabtu, so orang lain ar ganti. overall cikgu2 sekolah memandu nie semua ok.
untuk dapat lesen keta, akan ada 2 bahagian yang dotest jpj, bahagian 1 dan bahagian 2. bahagian 1 dalam kawasan sekolah memandu dan bahagian 2 jalan raya. bahagian 1 ada bukit, parking, dan 3 penjuru. aku susah nak buat bukit sebab tak pandai nak ejas klas dengan minyak. takot jugakla time test nanti sebab kalau bukit tak lepas maknanya kena balik awal la, yang lain dah tak payah buat teros failed. setakat aku buat latihan memandu nie tak de la banyak masalah sangat dekat parking dengan 3 penjuru. tak pernah lagi la langgar tiang2 yang ada dekat situ. harap2 masa test nanti aku boleh buat la. malas aku nak amik untuk kali ke2.
sebelum aku pegi latihan memandu terakhir semalam, aku tidur 2 jam ja malam tu. dekat fon dah siap buat reminder yang ada latihan sabtu tu, macam mana pulak aku tak pasan yang pagi tu dah ari sabtu. pukul 4 pagi baru aku pasan yang aku kena pegi latihan pukul 7.20 van tunggu. aku bajet nak tidur pukul 8. dah la tengah syok main fifa online. aku pon kelam kabut tutup laptop semua takot tak larat nanti nak bawak keta. habis semua henset yang ada kat umah aku nie aku buat alarm. dah la tak pesan dekat mak aku suh kejut kol 6.15. nasib baik mak aku kejut kalau tak memang tak pegi la latihan tu.
yang tak bezz sepanjang aku pegi latihan memandu nih, aku kena tunggu dekat 2 jam sebelum boleh balik. naik van 7.30 pagi, latihan pukul 8- 10 pagi. lepas pukul 10 bukan aku boleh balik, aku kena tunggu sampai pukul 12. sebab pukul 12 baru van tu hantar orang balik. 2 jam yang tak tau nak buat apa. kadang2 bengang jugak la. dah la time last latihan tu orang ramai masa nak naik van tu dekat 12 orang. kesian kat ada sorang budak tu kena balik naik van lain kol 1 sebab van tak muat. kalau yang baru nak amik lesen tu, pilih la hari buat latihan selain hujung minggu. time hujung minggu punya la ramai orang. nak tunggu que buat parking, bukit, 3 penjuru punya la ramai. time tu pulak ada yang baru belajar so tak pandai la lagi nak buat parking. so que la 3-4 biji keta kat belakang.
0 komen:
Post a Comment