Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Wednesday, July 20, 2011

Novel Harry Potter 1-7





Harry Potter merupakan nama watak yang menjadi tajuk utama buku-buku ciptaan J. K. Rowling dan filem yang berdasarkan kepada siri novel ini. Kisahnya mengenai seorang remaja lelaki yang bernama Harry Potter yang mengetahui bahawa orang tuanya adalah ahli sihir pada ulang tahunnya ke-11. Dia kemudian dihantar untuk bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts. Di sana dia bertemu dengan dua orang yang kemudian menjadi rakan karibnya, Hermione Granger dan Ron Weasley. Dari situ, kehidupannya sebagai murid sekolah sihir tersebut diceritakan sepanjang tujuh buku, yang masing-masing mencakup masa waktu satu tahun.


sape2 yang minat cita harry potter nih yang nak baca novel dia boleh download...kat bawah ada link...novel nie dalam bentuk pdf dan english version...



Link Mediafire...kalau link broken bagi tau erk....




1. Book 1 :: Harry Potter And The Sorcerer's Stone 




2. Book 2 :: Harry Potter and the Chamber of Secrets




3. Book 3 :: Harry Potter and the Prisoner of Azkaban




4. Book 4 :: Harry Potter And The Goblet of Fire


5. Book 5 :: Harry Potter and The Order of the Phoenix




6. Book 6 :: Harry Potter and the Half-Blood Prince




7. Book 7 :: Harry Potter and the Deathly Hallows

Thursday, July 7, 2011

kl gangster


filem nie baru saja habis tayang kot. dengaq cita berjuta2 dapat, panggung wayang jauh. so kena lah download.hahahaha...lagipon download free ja. aku memang suka benda2 free nih. tak yah susah2 keluaq duit. kalau ada yang tak suka download2 nih.. p la bli yang original. biaq yang kaya bertambah kaya, yang miskin teros miskin. setiap orang ada pendapat masing2, kita kena respect la. kadang2 kita ingat kita ja yang betol, tapi kita tak sedaq yang kita nie salah.

memang best cita nie....gangster dia pon mantap...malek, shark, jai, dragon, ajib, fadil... aksi gadoh2 pon best.hahahhahaha...yang aku konfius fadil nie lawak ke gangster???abg long lah sangat. antara dialog dalam kl gangster  Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam, Cuti Dah abis Bro, Hidup Dan Mati Bukan Di Tangan Lu La Sial, Abang tak abang, sapa kacau aku Pecah!!, Tapi kalau dia sentuh kau dragon, aku cium dia, abang besar sudah keluar, wa ingat lu sudah mampus, Lu tau ka? lu tau ka? lu tak tau maa, Itu Belum abg long dil,kalau abg long dil dah arwah die tu, Ehh siaal laah~ puiih! ~~, Jangan risau , tak de alkohol , Lawan Aku Bukan 2 Orang , Tapi 2 Lori, abg long bukit bintang, semenjak gua korek hidung dia baik resdong dia tu!" 

nie aku copy and paste dia punya sinopsis :p

Sinopsis KL Gangster,

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.

kalau ada yang tak tengok lagi meh aku share link(orang lain yg upload)...sedut sendiri lah yer..dekat youtube pon dah ada..tak boleh nak letak la pulak kat sini.adoiiii

Format mkv 312mb
Mediafire :: part 1 | part 2


nie kl hamster a.k.a kl gangster versi parody.hahahahha

tengok wayang


Alhamdulillah lepas jugak test jpj, tak payah la amik 2-3 kali. cuak jugak la tunggu nak test. dah la tester jpj tu garang semacam ja. tapi kalau peramah sangat orang marah pulak ganggu time tengah test. untuk test jpj nie aku dapat 17 untuk lepas kena dapat at least 16/20. sape yang tak amik lesen ag tu baik bersedia fizikal dan mental. masa nak test tu mental yang penting. kalau gelabah sangat ape pon tak boleh.

Isnin aritu aku kuar ngan member2 sekolah lama gemok, bale, ngan wafiy. tiba2 pulak aku leh join p tengok wayang dekat tgv cinemas jusco perda. jarang la aku keluar tengok wayang, sebab dekat area umah aku dulu ada la panggung wayang tapi sekarang dah tutup. so jauh sikit la kalau nak keluar tengok wayang. mula2 cam malas ja nak keluar tapi sebab cam excited ja nak tengok transformers 3 : dark of the moon nie aku pon ikut la. lagipon lama dah tak lepak2 dengan depa nie. sebab tak mau menghampakan harapan kawan2, aku ikutla.hahahahha....seronoknya cuti sampai bulan 9, jangan jeles budak2 yang tak cuti, selamat kembali belajar oiii...sorang balik ipoh, sorang balik ganu, sorang nie ja tak reti2 nak merantau tempat lain. sayang sangat dekat penang dia. "aku tak bersedia ag la"...jangan marah gemok.... hampa bukan tak tau, aku bukan jenis selalu keluar merayau tak dak keja. dah la aritu keluar bershisha. macam2 hampa try, bukan shisha tu haram ka???aku ingat hampa dah bershisha.temberang aku.....

perghh...harga tuk 3rd bapak punya mahal rm17 hinggit. dah la hinggit time tu tak banyak, jpa pon tak masok time cuti2 nih. klu tak amik yang 3rd kena tunggu lagi 45 minit. so aku pikir balik awal punya pasal, setujulah tengok 3rd. seat yang dekat belakang2 banyak yang penuh. tinggal lah yang dekat depan. tapi tak la depan sangat. tapi yang jual tiket tu cakap kalau 3rd elok duk kat depan sebab efek 3rd tu lebih nampak. aku nie bukan selalu tengok wayang, kalau dia kencing, kena kencinglah aku. rasanya nie 1st 3rd filem yang aku tengok kat panggung(kantoi sudah).  sakit kepala jugak la sebab kena dongak(perghh...bahasa baku)... dah la pki spec 3rd tu tak selesa sangat.

cita dia memang best, cita2 transformers sebelum nih aku download ja, tak tengok kat panggung pon. kali nie ja, puas hati jugak la filem durasi 157 minit nie. timbul persoalan...kenapa filem luar cita lama2 tak boring, kalau filem malaysia lama mesti boring. sebab tu kot filem malaysia tak buat lama2, selalunya 1 jam setengah. rasa jugak la efek 3rd tu. memang mantap la cita dia. kalau filem malaysia macam nie.perghhh...memang best la.




Sunday, July 3, 2011

lesen kereta

dah 5 kali latihan memandu, esok aku akan ditest oleh jpj. sebulan aku kena tunggu untuk ditest oleh jpj nih sebab undang2 dia lepas sebulan baru boleh ditest jpj. Sebelum nie aku memang tak de pengalaman langsung dalam memandu nih. so kenalah buat latihan selama 10 jam sebelum ditest. ramai kawan2 aku semua dah ada lesen keta, aku ja belum ada lagi. So, cuti nie aku pon amik la lesen. nanti senang nak rembat keta sape2.hahahaha... tempat latihan memandu aku nie nama dia akademi memandu berjaya dekat simpang empat, penang.

aku nak cita sikit la kisah aku belajar memandu nih. orang lain semua dapat satu cikgu ja yang ajar memandu. tapi aku sampai 3 orang yang ajar. 1st cikgu ajar aku nie nama dia uncle meng. uncle meng nie ok la, tak garang. dia nie suka puji diri dia sendri..."wa tau ma...wa ajar baguih punya".hahahaha...dia la yang ajar aku mula2 bawak keta. aku sebelum nih mana penah bawak keta. setakat bumper car or keta sorong tu penah la. 2 kali uncle meng nie ajar aku. dia nie memang banyak pengalaman ajar orang bawak keta. yang penting dia siap puji aku pandai buat parking. sekali dua ja dia ajar dah tahu. dia cakap parking la susah, ramai orang sangkut dekat situ. uncle meng nie ajar aku luar kawasan sekolah memandu.

lepas 2 kali belajar dengan uncle meng, aku kena belajar dengan en said pulak. nie kerani tempat aku amik lesen ar yang arrange. en said nie pon ok, dia ajar aku 2 kali jugak. dia ajar aku untuk dalam kawasan sekolah memandu dengan jalan untuk ditest. cikgu ke3 nie time ari terakhir aku belajar memandu semalam sebab en said nie cuti ari sabtu, so orang lain ar ganti. overall cikgu2 sekolah memandu nie semua ok.

untuk dapat lesen keta, akan ada 2 bahagian yang dotest jpj, bahagian 1 dan bahagian 2. bahagian 1 dalam kawasan sekolah memandu dan bahagian 2 jalan raya. bahagian 1 ada bukit, parking, dan 3 penjuru. aku susah nak buat bukit sebab tak pandai nak ejas klas dengan minyak. takot jugakla time test nanti sebab kalau bukit tak lepas maknanya kena balik awal la, yang lain dah tak payah buat teros failed. setakat aku buat latihan memandu nie tak de la banyak masalah sangat dekat parking dengan 3 penjuru. tak pernah lagi la langgar tiang2 yang ada dekat situ. harap2 masa test nanti aku boleh buat la. malas aku nak amik untuk kali ke2.

sebelum aku pegi latihan memandu terakhir semalam, aku tidur 2 jam ja malam tu. dekat fon dah siap buat reminder yang ada latihan sabtu tu, macam mana pulak aku tak pasan yang pagi tu dah ari sabtu. pukul 4 pagi baru aku pasan yang aku kena pegi latihan pukul 7.20 van tunggu. aku bajet nak tidur pukul 8. dah la tengah syok main fifa online. aku pon kelam kabut tutup laptop semua takot tak larat nanti nak bawak keta. habis semua henset yang ada kat umah aku nie aku buat alarm. dah la tak pesan dekat mak aku suh kejut kol 6.15. nasib baik mak aku kejut kalau tak memang tak pegi la latihan tu.

yang tak bezz sepanjang aku pegi latihan memandu nih, aku kena tunggu dekat 2 jam sebelum boleh balik. naik van 7.30 pagi, latihan pukul 8- 10 pagi. lepas pukul 10 bukan aku boleh balik, aku kena tunggu sampai pukul 12. sebab pukul 12 baru van tu hantar orang balik. 2 jam yang tak tau nak buat apa. kadang2 bengang jugak la. dah la time last latihan tu orang ramai masa nak naik van tu dekat 12 orang. kesian kat ada sorang budak tu kena balik naik van lain kol 1 sebab van tak muat. kalau yang baru nak amik lesen tu, pilih la hari buat latihan selain hujung minggu. time hujung minggu punya la ramai orang. nak tunggu que buat parking, bukit, 3 penjuru punya la ramai. time tu pulak ada yang baru belajar so tak pandai la lagi nak buat parking. so que la 3-4 biji keta kat belakang.