Monday, August 13, 2012
Puasa Ku Puasa Mu Juga
Sekejap saja masa berlalu, harinie dah 24 Ramadhan 1433H bermaksud tak sampai seminggu lagi nak puasa. Aku tak tau la macam mana describe puasa aku tahun nie, orang rajin menambah pahala, aku nie pulak malas nak buat amal baik nih. apa nak jadi la dengan aku nih. Tajuk entri tak de kena mengena dengan sapa2, ianya hanya kisah aku dan aku.
Tahun nie aku berpuasa dekat rumah sebab puasa jatuh masa cuti semester. cuti semester start hujung bulan 6 sampai awal bulan 9. 2 bulan lebih jugak la cuti, cuti lama-lama pon bosan, tapi study pon buat tambah kolesterol ja..eh!...plan setiap kali cuti sidang aku nak keja, tapi macam biasalah buat keja-keja yang tak berfaedah macam keja makan, keja tido, keja main game. Tu la rutin harian aku, kalau dok buat benda yang sama mesti lah bosan.
kenapalah aku nie cepat pelupa. teringin nak flashback masa puasa tahun2 sebelum nie. aku ingat2 lupa ja. rasanya 1st year puasa dekat usm kot. tapi memori aku lebih ingat puasa kat matrik. matrik...matrik...matrik, tak habeh2 dengan matrik. dah nak masuk tahun ke-3 kat usm masih dok ingat kat matrik. masa puasa kat matrik dulu, sahur selalu dengan roomate la. kami beli lauk siap2 malam tu, masa sahur letak air panas dalam bekas pastu rendam lauk yang beli tadi. walaupun nasi sejuk, sekurang-kurangnya lauk panas la sikit. berselera la jugak nak makan. kalau berbuka, kami selalu pusing2 kafe yang ada kat matrik. feberet selain kafe A, kami p jugak kafe B dengan kafe C. nak tukar angin la, kalau asyik kafe A ja bosan jugak.
Puasa kat rumah, aku selalu beli ja makanan berbuka dekat pasar ramadhan. punya lah ramai orang berniaga tapi aku sendiri tak tau nak beli apa. pasar ramadhan yang aku selalu p dekat Bandar Baru, yang dekat Parit Buntar nie jarang p sebab jauh sikit berbanding yang dekat bandar baru. lot niaga kat bandar baru lagi besar pada tahun lepas, lagi ramai org tahun nie. Pasar ramadhan dekat bandar baru ada di antara pinggiran sungai kerian dengan balai polis bandar baru. kalau kat parit buntar, pasar ramadhan parit buntar di antara pejabat agama dengan Taman Kerian Permai kot, aku pon tak sure sangat taman tu sebab banyak sangat taman kat pb nih, aku pon konfius. biar dah 21 tahun hidup kat sini.
setakat nie dulu la entri kali nie, masih belum terlambat nak wish selamat berpuasa, kita ada kira-kira 6 hari lagi nak puasa.huhu...moga kita semua mengejar pahala bukan mengejar dosa. cukup2 duk lagha sini, lagha sana masa bulan tak puasa. harap2 korang doa-doa la kat aku nih, moga bertambah cahaya keimanan...puiiiihhhh
p/s: Selamat Berpuasa :P
mengarut by
Idham Arm
at
10:10:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment