Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Friday, February 10, 2012

Konfius Status Halal Haram

Sekarang nie banyak berita pasal isu halal haram dekat media massa. isu nie bukan baru, setiap masa ada je isu pasal halal haram. sebagai pengguna muslim sendiri kita kadang konfius dengan status halal sesuatu produk. Namun sekrang banyak medium yang boleh kita gunakan untuk mengetahui kesahihan isu halal halam. Jakim ataupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia adalah satu jabatan di dalam kerajaan yang mempunyai kuasa dalam menentukan kesahihan halal haram sesuatu produk. Namun, ramai yang masih was-was dengan pensijilan halal yang diberikan oleh Jakim.


Apa itu Halal?

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf

Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.

Hukum Syarak

Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.

Logo Halal

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Produk Makanan dan Minuman

pic_001 
Produk makanan dan minuman bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan atau hasil atau penghasilanatau pengeluaran yang melibatkan makanan dan minuman.

Barangan Gunaan

pic_001 
Barangan Gunaan bermaksud barang-barang bukan makanan dan minuman, seperti kosmetik, pakaian dan peralatan.

Premis Makanan

pic_001 
Premis Makanan bermaksud bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan makanan dan minuman termasuk restoran, medan selera, dapur komersial, kafetaria, kedai kek dan pastri, restoran makanan segera, kantin, restoran, kelab/hotel, kiosk, katerer dan lain-lain.

Rumah Sembelih

pic_001 
Rumah sembelih bermaksud tempat atau premis untuk menyembelih dan/atau memproses binatang .


 Kita sebagai pengguna tiada alternatif lain selain mempercayai sijil halal yang diberikan oleh pihak Jakim/Jain. Sekiranya sesuatu produk di pasaran masih belum mempunyai tanda logo halal Jakim, lebih baik dielakkan penggunaan kerana status halalnya masih belum diketahui. Tiada logo Halal Jakim tidak bermakna haram tetapi status halal diragui. lebih baik kita elakkan benda-benda yang syubhah.
Definisi : Syubhah ialah sesuatu hukum yang tidak diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya.

"Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan
diantara keduanya ada perkara-perkara syubhat,Kebanyakan manusia
tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga diri dari perkara
syubhat tersebut, maka dia telah menjaga agamanya dan
kehormatannya,dan barangsiapa yang jatuh dalam perkara syubhat,
maka dia jatuh kepada hal yang haram.Seperti seorang pengambala
yang mengembala disekitar daerah larangan, lambat laun akan masuk
kedalamnya. Ketahuilah, setiap raja memiliki daerah larangan,
sedangkan daerah larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkan-Nya.
Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging,
apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka
buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, dia adalah hati "
(Riwayat Bukhari & Muslim, dari Nu'man bin Basyir)


LOGO-LOGO HALAL YANG TIDAK DIBENARKAN



 
LOGO IFRC


LOGO HALAL SEA



LOGO IFANCA INTERNATIONAL (SEA DAN ASIA REGION)

LOGO HALAL BAHEIS YANG LAMA

LOGO HALAL JAKIM YANG LAMA



 
LOGO HALAL TIDAK MENEPATI SPESIFIKASI

LOGO HALAL NEGERI SEBELUM DISELARASKAN

TANDA HALAL INI JUGA TIDAK DIBENARKAN

Kita sebagai pengguna sekarang boleh check sama ada sesuatu produk mempunyai sijil halal Jakim atau tidak dengan mengakses laman web Jakim :-

Direktori Halal Malaysia-di sini kita hanya perlu memasukkan keyword sesuatu produk contohnya kfc, gardenia dan lain-lain.

Facebook Sahabat Halal Jakim-banyak info-info mengenai isu halal semasa. Jadilah pengguna yang bijak.

0 komen:

Post a Comment