Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Monday, June 20, 2011

aku dan bas

lama dah aku tak update blog. hari nie rasa nak update lak blog aku nie. semua orang mesti pernah naik bas ekspress. aku baru balik dari banting melawat adik aku kat matrik. kali nie mak aku tak mo pegi dengan keta, nak pegi dengan bas. aku pon teman la ikut pegi banting. tapi bas dari parit buntar tak dk ke banting terus kena amik tiket ke klang dulu sebelum ke banting.

aku dah lama tak naik bas ekspress yang jalan jauh 7-8 jam. maklumlah asyik belajar dekat dekat je. susahlah kalau nak merasa naik bas lama lama. tapi naik bas lama lama pon bukan bezz sangat, buat sakit badan dengan tak selesa lagi. baik tido kat rumah lagi sedap. aku cuti nie memang tak dk keja lain dah. bas yang aku naik untuk ke klang bas ERA MESRA. boleh tahan la bas nie, nampak kemas luar dan dalam. nak komen banyak banyak pasal bas pon aku jarang naik bas. dan bas yang aku naik dari puduraya ke parit buntar bas BETONG ekspress. syarikat anak buluh betong punya kot. lepas buat filem, bukak syarikat bas pulak. bas nie tak cantik.hahahhaa...tapi Alhamdulillah selamat sampai. driver bas masa aku pegi ke klang bawak biasa biasa ja, tak slow tak laju tapi driver bas anak buluh betong bawak laju jugak la, dah la malam dengan dekat kawasan ipoh yang berbukit bukit tu.  aku takut jugakla  nek bas nie.

dah lama tak singgah kat puduraya, masa nak amik bas ke parit buntar aku pegi la puduraya dari banting. puduraya dah lain dah sekarang, cantik dah sekarang. puduraya kan baru renovate... terbaikkkk wokkk...masa nak jalan p puduraya. aku nampak la banyak sungguh foreigner.hahahhah...indon, abang la ar nie...dah nampak macam negara diorang dah kat situ.

Yang tak bezznya naik dua dua bas nie, sebab berhenti kat luar RnR. dah elok elok orang buat RnR suruh berhenti rehat, nie nak jugak berhenti kat luar. Maksud aku berhenti luar RnR, bas keluar tol slim river dan berhenti kat kedai makan dekat dekat situ. tempat tu dah la tak bersih tambah pulak status makan kat situ. bukan aku nak racist, tapi macam restoran makanan cina ja kat situ. takot aku nak makan. banyak jugakla bas bas yang berhenti kat situ. macam macam jenis bas berhenti. orang kata la, aku tak kata.....driver bas nie dapat makan free, rokok bla bla bla....mesti dapat komisyen jugak nie sebab bawak penumpang berhenti situ. tak faham aku, tak salah ke driver bas buat macam nie, tempat tu memang tak selesa!...nak makan pon was was. kalau yang selalu naik bas ekspress mesti selalu berhenti kat situ. benda nie aku rasa dah lama, tapi tak kan tak dk tindakan kot. aku rasa bukan aku saja yang tak selesa dengan tempat nie, orang lain pon mesti tak selesa jugak. toilet dia dah la hampeh...macam macam bau ada. kalau toilet kat RnR siap boley tido lagi kat situ.hahahhah. aku lupa la pulak nak snap gamba tempat makan kat situ. aku harap la pasnie kalau aku naik bas ekspress tak berhenti la kat luar RnR, nak berhenti rehat pon cari la tempat bagi orang ramai selesa, jangan nak pikir diri sendiri je.

2 komen:

sekali lg dtg banting x bg tau...
 
lupa la pulak nk bgtau.hehehheh
 

Post a Comment