Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Sunday, May 12, 2013

Jalan-Jalan Cari Makan: Jemputree


Panasnya bila tengah hari sekarang nie, dulu rasanya tak la kuat sangat bahang panas nie. semua orang rasa kepanasan nie ka aku sorang ja rasa. Hujung minggu mesti tak dak masa jugak nak rehat, relax2.. ada saja kerja yang nak kena siapkan. biasa la, masa dapat kerja bukan nak terus buat. suka bertangguh-tangguh mana tak banyak kerja bila semua dateline dekat2.

sekarang dah masuk bulan 5, tak sampai sebulan lagi dah nak start final exam untuk sem 6. kalau cakap pasal exam, sampai habis exam pon belum tentu lagi betul2 ready. study last minit, time study week baru nak bukak tortora, photostat nota2 yang belum lengkap ada hati nak dapat result yang cemerlang, gemilang dan terbilang. memang harapan tinggal harapan ja la.

Malam semalam (11/5/2013) boleh pulak depa nih p makan kat satu tempat nie. ingat nak makan kedai biasa2 ja 5f, awet muda yang dah jadi rutin harian kami. aku yang tak tau apa, ikut ja la katanya nak p makan kat jemputree. aku ingatkan depa nie main2, sebab nama kedai dah la pelik lagipon depa nie pon memang suka main-main.

Jemputree terletak dekat jalan burma, penang. Dengan menggunakan kepakaran PAPAGO Navitotal M9 kami dengan confidentnya ikut ja la gps nie nak bawak kami p mana walaupun banyak kali gak silap masuk simpan sebab tak faham arah yang gps nie tunjuk. tapi nasib baik la gps nie pandai, kalau kita silap jalan dia akan tunjuk jalan lain, tak payah la nak patah balik kalau dah terlepas simpang.

Makanan kat sini banyak jugak la pilihan, masakan melayu, thai, western. harga dia pon boleh tahan la. Rasa makanan dia sedap jugak la walaupun aku nie selalu fail bab rasa makanan tapi semua cakap sedap la. aku order noodles tomyam harga dia dalam RM10.50, depa yang lain ada order chicken chop (RM19.90) kot, nasi lemak ayam rendang (RM10.50), burger (RM10.50), pasta, dan ada yang aku tak ingat apa nama makanan dia sebab nama macam lain sikit.

lepas habis makan, boleh pulak depa nie tak mau balik lagi. dok gaduh nak p tengok wayang, main boling. last2 p lepak-lepak kat strait quay. aku 1st time sampai sini, tempat dia memang exclusive la. kawasan belakang tempat bot2 parking lebih kurang macam kat danga bay, johor.

dah la dok merepek kat sini, nanti tertangguh lagi kerja-kerja lain >.<













Friday, May 3, 2013

1st Time Nak Mengundi

Bismilllahirrahminirrahim,




Eh, aku ada blog rupanya. dah berbulan-bulan tak menjenguk siap bersawang sana sini. tapi kenapa hari nie tiba-tiba ja bukak balik pastu terus buat entri. saja rindu nak menulis dan tak dak keja lain nak buat. keja bukannya tak dak, tapi malas. itulah antara cabaran aku tiap-tiap hari, nak melawan sifat pemalas yang dah ada sejak azali lagi. 

Sekarang nie musim PRU 13. Jadi, ramai yang tengah dalam 'excited state' berkempen tak kira subuh, zuhur, asar, maghrib, isya sekali pon. wakil rakyat sekarang tak payah susah-susah nak p rumah orang kot2 la takut kena baling teluq ka, kena halau ka. la nie, boleh kempen kat laman sosial free tak payah bayar. tapi yang guna pendekatan 'advertisement' nie berbayar la. semak perut tengok banyak sangat poster2, iklan, post berkaitan politik nih. semua mesti tunjuk betapa baiknya depa dan betapa jahatnya pihak lawan. tapi itulah asam garam politik, takkan nak tunjuk kelemahan diri sendiri. mesti la nak kena tunjuk yang kita nie baik, sopan santun, tak pernah buat jahat pon.

Lagi dekat nak mengundi, semakin aktif la yang dok share macam-macam kat facebook, twitter, instagram, blog, we chat, whatsapp, tumblr, dan segala jenis laman sosial yang ada. dulu aku memang amik tau la jugak, baca isu-isu yang berbangkit. tapi sekarang nih aku dah malas. bukan apa, bila sesuatu isu timbul mesti yang ada yang akan 'spin' cerita tu. belah mana yang terer spin cerita dia la yang menang. sampai kita yang baca pon boleh nak pening dengan hujah-hujah depa. yang betul boleh jadi salah, yang salah boleh di 'betul'kan. sapa yang share benda-benda yang belum tentu sahih nie memang berani la. takut, kalau kita salah.. boleh jatuh fitnah pulak nanti.

cara pemikiran, persepsi akan main peranan dalam pilihan kita. setiap orang ada pandangan/pendapat masing-masing. cuma bagi aku, kalau kita mempunyai perbezaan pendapat. berilah hujah dengan cara yang baik bukan dengan caci maki, 'sarcastic' sebab 'sarcastic' nie buat orang bertambah sakit hati bukan menerima apa yang kita sampaikan tapi confirm akan tolak terus. cara pendekatan yang kita guna lebih penting daripada apa yang kita nak sampaikan.

media merupakan medium utama yang digunakan dalam menyampaikan berita/info kepada masyarakat. media nie bukan terhad dekat tv saja. media alternatif macam blog, facebook lebih menjadi tumpuan semua orang sebab maklumat boleh diterima dengan lebih pantas dan mudah. tapi, bukan semua berita yang kita dapat nie boleh terima bulat-bulat sebab bukan semua berita yang kita dapat tu betul.

PRU 13 nie merupakan pengalaman pertama untuk aku mengundi. 5 tahun dulu, aku ingat dah tak sempat nak mengundi sebab mengikut perkiraan aku dulu pru13 sepatutnya buat sebelum aku cukup 21. sekarang nie umur dah 21 tahun 11 bulan 43 hari. masih muda.haha... tempat aku nie boleh kata parti kat tempat aku nie sama-sama kuat la. taman nie bulan, taman tu kati. pilihan sudah dibuat dan undi adalah rahsia :)

aku dah printscreen daripada web spr bukti aku dah boleh mengundi. harap tak ada la yang kata aku nie pengundi hantu mahupun pengundi import.haha

Sekolah seri kerian nie dulu sekolah rendah yang mula-mula masuk. tak sampai sebulan kot aku sekolah kat sini setelah berlaku satu 'kejadian'. jeng jeng jeng.. masa tu darjah satu, tak boleh fikir secara rasional lagi.kehkehkeh... kalau tak, baik aku stay ja kat sekolah tu. tapi banyak hikmah aku pindah sekolah. at least aku ada kawan kat belah perak dan kedah. sayangnya aku tak dapat nak ingat sangat kenangan-kenangan masa sekolah rendah dulu. mungkin sebab masa sekolah memang aku nie looser gila kot.haha

sapa pon yang menang, jalankanlah amanah yang diberi dengan baik dan bertanggungjawab. bukan masa berkempen ja turun padang, lepas menang terus 'hilang'.. sibuk dengan mesyuarat katanya. Aku harap hubungan antara kawan-kawan tak terputus hanya disebabkan perbezaan fahaman politik. masing-masing ada hak memilih.. hak anda, hak saya... hormat antara satu sama lain kena ada sebab kita hidup bermasyarakat. mungkin kita perlu pertolongan kawan yang kita dah putuskan hubungan, sapa tau. bila mati nanti bukan kita sendiri yang nak mandi, sembahyang, tanam dan bagi talkin.




p/s: buang masa main candy crush lagi bagus pada tambah dosa sebar berita yang salah/fitnah