Disini Bermulanya...

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang

Sunday, May 12, 2013

Jalan-Jalan Cari Makan: Jemputree


Panasnya bila tengah hari sekarang nie, dulu rasanya tak la kuat sangat bahang panas nie. semua orang rasa kepanasan nie ka aku sorang ja rasa. Hujung minggu mesti tak dak masa jugak nak rehat, relax2.. ada saja kerja yang nak kena siapkan. biasa la, masa dapat kerja bukan nak terus buat. suka bertangguh-tangguh mana tak banyak kerja bila semua dateline dekat2.

sekarang dah masuk bulan 5, tak sampai sebulan lagi dah nak start final exam untuk sem 6. kalau cakap pasal exam, sampai habis exam pon belum tentu lagi betul2 ready. study last minit, time study week baru nak bukak tortora, photostat nota2 yang belum lengkap ada hati nak dapat result yang cemerlang, gemilang dan terbilang. memang harapan tinggal harapan ja la.

Malam semalam (11/5/2013) boleh pulak depa nih p makan kat satu tempat nie. ingat nak makan kedai biasa2 ja 5f, awet muda yang dah jadi rutin harian kami. aku yang tak tau apa, ikut ja la katanya nak p makan kat jemputree. aku ingatkan depa nie main2, sebab nama kedai dah la pelik lagipon depa nie pon memang suka main-main.

Jemputree terletak dekat jalan burma, penang. Dengan menggunakan kepakaran PAPAGO Navitotal M9 kami dengan confidentnya ikut ja la gps nie nak bawak kami p mana walaupun banyak kali gak silap masuk simpan sebab tak faham arah yang gps nie tunjuk. tapi nasib baik la gps nie pandai, kalau kita silap jalan dia akan tunjuk jalan lain, tak payah la nak patah balik kalau dah terlepas simpang.

Makanan kat sini banyak jugak la pilihan, masakan melayu, thai, western. harga dia pon boleh tahan la. Rasa makanan dia sedap jugak la walaupun aku nie selalu fail bab rasa makanan tapi semua cakap sedap la. aku order noodles tomyam harga dia dalam RM10.50, depa yang lain ada order chicken chop (RM19.90) kot, nasi lemak ayam rendang (RM10.50), burger (RM10.50), pasta, dan ada yang aku tak ingat apa nama makanan dia sebab nama macam lain sikit.

lepas habis makan, boleh pulak depa nie tak mau balik lagi. dok gaduh nak p tengok wayang, main boling. last2 p lepak-lepak kat strait quay. aku 1st time sampai sini, tempat dia memang exclusive la. kawasan belakang tempat bot2 parking lebih kurang macam kat danga bay, johor.

dah la dok merepek kat sini, nanti tertangguh lagi kerja-kerja lain >.<













Friday, May 3, 2013

1st Time Nak Mengundi

Bismilllahirrahminirrahim,




Eh, aku ada blog rupanya. dah berbulan-bulan tak menjenguk siap bersawang sana sini. tapi kenapa hari nie tiba-tiba ja bukak balik pastu terus buat entri. saja rindu nak menulis dan tak dak keja lain nak buat. keja bukannya tak dak, tapi malas. itulah antara cabaran aku tiap-tiap hari, nak melawan sifat pemalas yang dah ada sejak azali lagi. 

Sekarang nie musim PRU 13. Jadi, ramai yang tengah dalam 'excited state' berkempen tak kira subuh, zuhur, asar, maghrib, isya sekali pon. wakil rakyat sekarang tak payah susah-susah nak p rumah orang kot2 la takut kena baling teluq ka, kena halau ka. la nie, boleh kempen kat laman sosial free tak payah bayar. tapi yang guna pendekatan 'advertisement' nie berbayar la. semak perut tengok banyak sangat poster2, iklan, post berkaitan politik nih. semua mesti tunjuk betapa baiknya depa dan betapa jahatnya pihak lawan. tapi itulah asam garam politik, takkan nak tunjuk kelemahan diri sendiri. mesti la nak kena tunjuk yang kita nie baik, sopan santun, tak pernah buat jahat pon.

Lagi dekat nak mengundi, semakin aktif la yang dok share macam-macam kat facebook, twitter, instagram, blog, we chat, whatsapp, tumblr, dan segala jenis laman sosial yang ada. dulu aku memang amik tau la jugak, baca isu-isu yang berbangkit. tapi sekarang nih aku dah malas. bukan apa, bila sesuatu isu timbul mesti yang ada yang akan 'spin' cerita tu. belah mana yang terer spin cerita dia la yang menang. sampai kita yang baca pon boleh nak pening dengan hujah-hujah depa. yang betul boleh jadi salah, yang salah boleh di 'betul'kan. sapa yang share benda-benda yang belum tentu sahih nie memang berani la. takut, kalau kita salah.. boleh jatuh fitnah pulak nanti.

cara pemikiran, persepsi akan main peranan dalam pilihan kita. setiap orang ada pandangan/pendapat masing-masing. cuma bagi aku, kalau kita mempunyai perbezaan pendapat. berilah hujah dengan cara yang baik bukan dengan caci maki, 'sarcastic' sebab 'sarcastic' nie buat orang bertambah sakit hati bukan menerima apa yang kita sampaikan tapi confirm akan tolak terus. cara pendekatan yang kita guna lebih penting daripada apa yang kita nak sampaikan.

media merupakan medium utama yang digunakan dalam menyampaikan berita/info kepada masyarakat. media nie bukan terhad dekat tv saja. media alternatif macam blog, facebook lebih menjadi tumpuan semua orang sebab maklumat boleh diterima dengan lebih pantas dan mudah. tapi, bukan semua berita yang kita dapat nie boleh terima bulat-bulat sebab bukan semua berita yang kita dapat tu betul.

PRU 13 nie merupakan pengalaman pertama untuk aku mengundi. 5 tahun dulu, aku ingat dah tak sempat nak mengundi sebab mengikut perkiraan aku dulu pru13 sepatutnya buat sebelum aku cukup 21. sekarang nie umur dah 21 tahun 11 bulan 43 hari. masih muda.haha... tempat aku nie boleh kata parti kat tempat aku nie sama-sama kuat la. taman nie bulan, taman tu kati. pilihan sudah dibuat dan undi adalah rahsia :)

aku dah printscreen daripada web spr bukti aku dah boleh mengundi. harap tak ada la yang kata aku nie pengundi hantu mahupun pengundi import.haha

Sekolah seri kerian nie dulu sekolah rendah yang mula-mula masuk. tak sampai sebulan kot aku sekolah kat sini setelah berlaku satu 'kejadian'. jeng jeng jeng.. masa tu darjah satu, tak boleh fikir secara rasional lagi.kehkehkeh... kalau tak, baik aku stay ja kat sekolah tu. tapi banyak hikmah aku pindah sekolah. at least aku ada kawan kat belah perak dan kedah. sayangnya aku tak dapat nak ingat sangat kenangan-kenangan masa sekolah rendah dulu. mungkin sebab masa sekolah memang aku nie looser gila kot.haha

sapa pon yang menang, jalankanlah amanah yang diberi dengan baik dan bertanggungjawab. bukan masa berkempen ja turun padang, lepas menang terus 'hilang'.. sibuk dengan mesyuarat katanya. Aku harap hubungan antara kawan-kawan tak terputus hanya disebabkan perbezaan fahaman politik. masing-masing ada hak memilih.. hak anda, hak saya... hormat antara satu sama lain kena ada sebab kita hidup bermasyarakat. mungkin kita perlu pertolongan kawan yang kita dah putuskan hubungan, sapa tau. bila mati nanti bukan kita sendiri yang nak mandi, sembahyang, tanam dan bagi talkin.




p/s: buang masa main candy crush lagi bagus pada tambah dosa sebar berita yang salah/fitnah










Monday, August 13, 2012

Puasa Ku Puasa Mu Juga


Sekejap saja masa berlalu, harinie dah 24 Ramadhan 1433H bermaksud tak sampai seminggu lagi nak puasa. Aku tak tau la macam mana describe puasa aku tahun nie, orang rajin menambah pahala, aku nie pulak malas nak buat amal baik nih. apa nak jadi la dengan aku nih. Tajuk entri tak de kena mengena dengan sapa2, ianya hanya kisah aku dan aku.

Tahun nie aku berpuasa dekat rumah sebab puasa jatuh masa cuti semester. cuti semester start hujung bulan 6 sampai awal bulan 9. 2 bulan lebih jugak la cuti, cuti lama-lama pon bosan, tapi study pon buat tambah kolesterol ja..eh!...plan setiap kali cuti sidang aku nak keja, tapi macam biasalah buat keja-keja yang tak berfaedah macam keja makan, keja tido, keja main game. Tu la rutin harian aku, kalau dok buat benda yang sama mesti lah bosan.

kenapalah aku nie cepat pelupa. teringin nak flashback masa puasa tahun2 sebelum nie. aku ingat2 lupa ja. rasanya 1st year puasa dekat usm kot. tapi memori aku lebih ingat puasa kat matrik. matrik...matrik...matrik, tak habeh2 dengan matrik. dah nak masuk tahun ke-3 kat usm masih dok ingat kat matrik. masa puasa kat matrik dulu, sahur selalu dengan roomate la. kami beli lauk siap2 malam tu, masa sahur letak air panas dalam bekas pastu rendam lauk yang beli tadi. walaupun nasi sejuk, sekurang-kurangnya lauk panas la sikit. berselera la jugak nak makan. kalau berbuka, kami selalu pusing2 kafe yang ada kat matrik. feberet selain kafe A, kami p jugak kafe B dengan kafe C. nak tukar angin la, kalau asyik kafe A ja bosan jugak.

Puasa kat rumah, aku selalu beli ja makanan berbuka dekat pasar ramadhan. punya lah ramai orang berniaga tapi aku sendiri tak tau nak beli apa. pasar ramadhan yang aku selalu p dekat Bandar Baru, yang dekat Parit Buntar nie jarang p sebab jauh sikit berbanding yang dekat bandar baru. lot niaga kat bandar baru lagi besar pada tahun lepas, lagi ramai org tahun nie. Pasar ramadhan dekat bandar baru ada di antara pinggiran sungai kerian dengan balai polis bandar baru. kalau kat parit buntar, pasar ramadhan parit buntar di antara pejabat agama dengan Taman Kerian Permai kot, aku pon tak sure sangat taman tu sebab banyak sangat taman kat pb nih, aku pon konfius. biar dah 21 tahun hidup kat sini.


setakat nie dulu la entri kali nie, masih belum terlambat nak wish selamat berpuasa, kita ada kira-kira 6 hari lagi nak puasa.huhu...moga kita semua mengejar pahala bukan mengejar dosa. cukup2 duk lagha sini, lagha sana masa bulan tak puasa. harap2 korang doa-doa la kat aku nih, moga bertambah cahaya keimanan...puiiiihhhh


p/s: Selamat Berpuasa :P

Sunday, July 15, 2012

Result lagi

dah lama tak update blog nih, tiba-tiba rasa nak update tambah2 bila cuti bosan duduk rumah tak buat apa-apa. cuti aku sangat membosankan, makan, tido, on9, layan movie. yang tu je mampu aku buat. nak kerja macam tak cukup sebulan dah nak puasa, nak raya dan nak kscp! >.<

lagi 3 hari result provisional keluar. sebelum result provisional keluar, subjek2 yang dibuka untuk kscp keluar dulu. untuk 2nd year 2nd sem nih, 3 subjek yang sangat menyusahkan hidup yang membuatkan semua orang cuak FAR 213- Organic chemistry 2, FAR 242- Endocrine system, FAR 243- Pharmacognosy 1. tiga2 subjek nie nak kata senang memang tak la, nak kata susah memang susah pon.

seperti biasa harapan aku nak lulus semua subjek. sekarang nie tak dah nak target A or B tapi nak lulus semua. aku tak berani nak target sebab aku sendiri tak berapa nak yakin masa jawab exam. Study last minit biasa lah, mana sempat nak cover semua, nak bagi betul2 faham apa yang aku belajar pon susah. InsyaAllah 3rd year akan cuba sebaik mungkin untuk bagi naik pointer *ayat setiap sidang*

nie antara subjek-subjek yang ditawarkan untuk kscp, maksudnya subjek yang banyak orang kantoi  FAR 11, FAR 112, FAR 121, FAR 131, FAR 141, FAR 151, FAR 161, FAR 211, FAR 212, FAR 213, FAR 241, FAR 242, FAR 243, FAR 311, FAR 312, FAR 341, FAR 342, FAR 344, FAR 345, FAR 351, FAR 452. banyak kot subjek2 yang selalu buat orang kantoi. bukan nie ja, semua subjek susah.

aku sendiri dah kantoi 2 subjek FAR122-dosage form 1 dengan FAR221-physic pharm 1. Arghhhh....aku baru perasan yang 2 kursus nie tak ditawarkan untuk kscp tahun nih!!!! T_T.... jangan cakap aku nak kena amik kscp masa 4th year.grrrrrrrrrrrrr WTF

tarikh-tarikh penting
17 Julai 2012 - result provisional
21 julai 2012 - 1 ramadhan
31 Julai 2012 - result penuh 
25 & 26 julai 2012 - daftar kscp
24-29 ogos - kursus ppsl 
1 september 2012 - pendaftaran pelajar baru usm
8 & 9 september 2012 - ambil kunci bilik *Desasiswa Fajar Harapan* 
10 september 2012 - sidang baru 2012/2013


Untungla yang tak yah amik kscp. hati banyak senang


p/s: lagi seminggu nak puasa, selamat berpuasa semua. yang belum habis ganti tu cepat2 la ganti :D

 

 

 

Friday, February 10, 2012

Konfius Status Halal Haram

Sekarang nie banyak berita pasal isu halal haram dekat media massa. isu nie bukan baru, setiap masa ada je isu pasal halal haram. sebagai pengguna muslim sendiri kita kadang konfius dengan status halal sesuatu produk. Namun sekrang banyak medium yang boleh kita gunakan untuk mengetahui kesahihan isu halal halam. Jakim ataupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia adalah satu jabatan di dalam kerajaan yang mempunyai kuasa dalam menentukan kesahihan halal haram sesuatu produk. Namun, ramai yang masih was-was dengan pensijilan halal yang diberikan oleh Jakim.


Apa itu Halal?

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf

Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.

Hukum Syarak

Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.

Logo Halal

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Produk Makanan dan Minuman

pic_001 
Produk makanan dan minuman bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan atau hasil atau penghasilanatau pengeluaran yang melibatkan makanan dan minuman.

Barangan Gunaan

pic_001 
Barangan Gunaan bermaksud barang-barang bukan makanan dan minuman, seperti kosmetik, pakaian dan peralatan.

Premis Makanan

pic_001 
Premis Makanan bermaksud bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan makanan dan minuman termasuk restoran, medan selera, dapur komersial, kafetaria, kedai kek dan pastri, restoran makanan segera, kantin, restoran, kelab/hotel, kiosk, katerer dan lain-lain.

Rumah Sembelih

pic_001 
Rumah sembelih bermaksud tempat atau premis untuk menyembelih dan/atau memproses binatang .


 Kita sebagai pengguna tiada alternatif lain selain mempercayai sijil halal yang diberikan oleh pihak Jakim/Jain. Sekiranya sesuatu produk di pasaran masih belum mempunyai tanda logo halal Jakim, lebih baik dielakkan penggunaan kerana status halalnya masih belum diketahui. Tiada logo Halal Jakim tidak bermakna haram tetapi status halal diragui. lebih baik kita elakkan benda-benda yang syubhah.
Definisi : Syubhah ialah sesuatu hukum yang tidak diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya.

"Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan
diantara keduanya ada perkara-perkara syubhat,Kebanyakan manusia
tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga diri dari perkara
syubhat tersebut, maka dia telah menjaga agamanya dan
kehormatannya,dan barangsiapa yang jatuh dalam perkara syubhat,
maka dia jatuh kepada hal yang haram.Seperti seorang pengambala
yang mengembala disekitar daerah larangan, lambat laun akan masuk
kedalamnya. Ketahuilah, setiap raja memiliki daerah larangan,
sedangkan daerah larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkan-Nya.
Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging,
apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka
buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, dia adalah hati "
(Riwayat Bukhari & Muslim, dari Nu'man bin Basyir)


LOGO-LOGO HALAL YANG TIDAK DIBENARKAN



 
LOGO IFRC


LOGO HALAL SEA



LOGO IFANCA INTERNATIONAL (SEA DAN ASIA REGION)

LOGO HALAL BAHEIS YANG LAMA

LOGO HALAL JAKIM YANG LAMA



 
LOGO HALAL TIDAK MENEPATI SPESIFIKASI

LOGO HALAL NEGERI SEBELUM DISELARASKAN

TANDA HALAL INI JUGA TIDAK DIBENARKAN

Kita sebagai pengguna sekarang boleh check sama ada sesuatu produk mempunyai sijil halal Jakim atau tidak dengan mengakses laman web Jakim :-

Direktori Halal Malaysia-di sini kita hanya perlu memasukkan keyword sesuatu produk contohnya kfc, gardenia dan lain-lain.

Facebook Sahabat Halal Jakim-banyak info-info mengenai isu halal semasa. Jadilah pengguna yang bijak.